Monday, March 5, 2012

TID SUKAN ANGKAT BERAT @ SM TINGGI BUKIT MERTAJAM

Tarikh : 1 Mac 2012 Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : SMK Tinggi Bukit Mertajam
Jurulatih : En. Mohd Aizat Zaini
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkat 1 dan 2 (Lelaki dan Perempuan)

Perancangan program ini hasil daripada perbincangan dengan JPM ASZU yang sudi membantu untuk membangunkan sukan angkat berat di negeriPulau Pinang. Untuk makluman En. Aizat juga percaya beliau mampumenghasilkan atlet yang berkualiti. SMK Tinggi Bukit Mertajam telah dipilih untuk program cari bakat barupada tahun 2012 kerana berdekatan dengan Gimnasium Latihan ASZU.Sasaran pelajar adalah dari umur 13 tahun dan 14 tahun.

Program inimerupakan projek pembangunan sukan 2012 hingga 2014.Seramai 43 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan yangtelah dipilih untuk menjalani sesi talent scouting. Diharap akan lahiratlet yang berkualiti dari program ini.En. Megat Omar Penyelia Petang dan Cikgu Zulkarnain Guru Kokurikulumsekolah berkenaan amat menyokong program ini. Untuk makluman pihaksekolah akan menyediakan tempat dan asrama untuk atlet yang berkualitiyang berada di program pembangunan sukan angkat berat.Terima kasih kepada pihak sekolah yang menjayakan program ini.

Tidaklupa juga kepada Cik Fatimah Jamil dan 4 orang atlet serantau yangmembantu dalam sesi TID ini. Mulai bulan Mac 2012 Cik Fatimah akanmengambil alih sukan angkat berat di bawah Program Pelapis di PulauPinang dan akan dibantu oleh saya.

Ahmad Firdaus Yusoff




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved