Thursday, March 1, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU @ KOMPLEKS SUKAN TITI MUKIM

Tarikh : 27hb Februari 2012 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.25 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai Utara.
Kehadiran : 4 atlet dan JSM Zainuddin

Laporan ringkas :

Sesampai di Pusat Latihan Tinju mendapati JSM Zainuddin bersama 4 dari 9 orang atlet yang menjalani latihan di PLN Titi Mukim. Menyerahkan surat Perlatikan Kontrak Jurulatih Sambilan kepada JSM Zainuddin. Mendapatkan maklumbalas dari JSM sebab-sebab ketidakhadiran atlet-atlet yang lain seperti berikut :

- 2 atlet terlibat dengan Program Sukan di Sekolah.
- 1 atlet cedera di tangan kerana jatuh dari menunggang motor.
- 2 atlet tidak memaklumkan kepada JSM ketidakhadiran mereka.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh JSM semasa pemantauan :

1. Larangan penggunaan tandas oleh pihak Penyelia Kompleks Sukan Titi Mukim.
2. Keadaan Peralatan Latihan yang rosak teruk dan memohon pengantian/penambahan (gambar dilampirkan).

Tindakan :
1. Menghubungi pihak Penyelia Kompleks Sukan Titi Mukim untuk membenarkan penggunaan tandas dan beliau bersetuju.
2. Menghubungi Pengurus Sukan Tinju di Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan memaklumkan keadaan peralatan latihan. Perkara ini telah dimaklumkan di Peringkat Negeri (Majlis Sukan Negeri & Persatuan Negeri) dan Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Peralatan Latihan "Gloves" kepunyaan Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara di Titi Mukim digunakan untuk Program Pelapis Negeri dan Program Pembangunan Negeri. Memohon agar pihak yang berkenaan mempertimbangkan permohonan ini.

Telah berjumpa dengan 2 orang atlet dan menegur cara pemakaian semasa menjalani latihan selepas menerima maklumbalas dari JSM Zainuddin. Latihan berjalan dengan lancar.

Fatimah Jamil



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved