Monday, March 12, 2012

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - MEGALANES MEGAMALL

Tarikh : 10hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 11.50 pagi - 2.00 petang
Tempat : PLN Mega Lanes, Megamall Pinang, Perai

Kehadiran
1. En. Yeoh Seng Poh, Albert - JSM Pelapis
2. Cik Kim Eun Jung - JLN MSNegeri
3. En. Thung Jin Seng - Ketua Unit, ISNegara
4. En. Muhammad Minzir Bin Mansor - ISNegara
5. Cik Jeslina Michael - Kejurulatihan MSNegara
6. Cik Fatimah Binti Jamil - SDO USPTN
7. Atlet - 4 Lelaki, 6 Wanita (Pelapis Negeri / SUKMA)
8. Atlet - 1 Lelaki, 1 Wanita (Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang)

LATIHAN
1. Pre Competition

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan "36th ASTRO Malaysian National & 25th Interstate Championship 2012" pada 11 - 17 Mac 2012 di Pusat Boling Mega Lanes Bandar Sunway, Sunway Pyramid, Selangor.
2. Kejohanan "Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit 2012" pada 30 Mac - 1 April 2012 di U-Bowl, Jaya Jusco, Seremban 2, Negeri Sembilan.
3. Kejohanan MSSM pada 15 - 22 April 2012 di Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

KECERDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Program Lawatan Pemantauan oleh pihak ISN seterusnya adalah di Pusat Latihan Tenpin Boling, Mega Lanes, Megamall Pinang, Perai.
2. Latihan "Pre Competition" yang dijalankan oleh atlet adalah sebagai persedian untuk ke Kejohanan "36th ASTRO Malaysian National & 25th Interstate Championship 2012" di Sunway Pyramid, Selangor.
3. Selain dari Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang akan menyertai kejohanan di Sunway Pyramid, Selangor, pihak PTBPP juga akan membawa bersama-sama Atlet PTBPP ke kejohanan tersebut.
4. Kejohanan terdekat yang akan di sertai oleh Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang selepas di Sunway Pyramid, Selangor adalah "Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit" dan MSSM 2012.
5. Perbincangan bersama En. Thung Jin Seng, beliau memaklumkan tujuan Lawatan Pemantuan ke Pusat Latihan Boling adalah untuk memantau Sesi Latihan Fizikal oleh atlet-atlet. Dimaklumakan oleh JLN Cik Kim Eun Jung kepada En. Thung Jin Seng Sesi Latihan Fizikal telah dijalankan setengah jam sebelum latihan dimulakan. Latihan bermula dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
6. Selepas tamat latihan, JLN Kim Eun Jung telah mengadakan perjumpaan besama atlet-atlet dan kesempatan waktu diambil untuk berjumpa dengan atlet-atlet dan memberikan kata-kata semangat sebagai bekal untuk ke kejohanan dan mengucapkan selamat berjaya.
7. Latihan berjalan dengan lancar dan seperti biasa diakhir sesi pemantuan akan berjumpa jurulatih-jurulatih dan keluarga-keluarga yang hadir.

Fatimah Jamil
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved