Wednesday, March 21, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN @ KEJOHANAN MSSM 2012

Tarikh : 16hb Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 3.20 petang hingga 4.10 petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David Bukit Dumbar, Pulau Pinang

Kehadiran
1. Pn. Mariani Binti Senawai - Pegawai Belia & Sukan, ISN Pulau Pinang
2. En. Khoo Teng Hin - JPM Cawangan Pelapis Negeri
3. Atlet - 9 Lelaki, 13 Wanita

LATIHAN
Tiada

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Dimaklumkan oleh JPM Khoo Teng Hin, seramai 22 Atlet Pelapis Negeri yang layak ke peringkat akhir dalam kejohanan MSSM 2012.

KECERDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kejohanan MSSM telah berlangsung dari 12 - 16 Mac 2012. Pada hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan MSSM 2012 yang di adakan di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David Bukit Dumbat, Pulau Pinang dan serami 22 Atlet Pelapis Negeri layak hingga ke hari terakhir.

2. Pemantauan dilakukan bersama Pegawai Belia & Sukan ISN, Pulau Pinang. Komen dari Pegawai tersebut kepada atlet yang sempat dipantau oleh beliau adalah seperti berikut :

2.1. Kekuatan Atlet
- Mempunyai pengalaman yang mencukupi
- Mempunyai keyakinan diri tinggi
- Pandai membaca gerak geri pihak lawan

2.2. Kelemahan Atlet
- Mendapati fizikal atlet dapat ditingkatkan lagi (meningkatkan lagi bentuk fizikal tubuh badan)
- Kadangkala mendapati tidak memberikan sepenuh tenaga dalam permainan

2.3. Keadaan di tempat kejohanan
- Tiada kawasan lalu lintas yang khas disediakan untuk penuntun terutama di hadapan gelanggan nombor 1 dan 2, 3 dan 4 menyebabkan kesesakan
- Tempat duduk penuntun tidak mencukupi dan jarak yang terlalu dekat di gelanggang nombor 1 dan 2, 3 dan 4
- Keadaan suasana yang panas menyebabkan ketidak selesaan kepada penuntun dan pemain
Tindakan PPN/SDO : Kesemua perkara diatas akan dibincangkan bersama jurulatih dan pihak Persatuan Negeri.

3. Keputusan diperolehi Atlet Pelapis Negeri seperti berikut :

JOHAN KESELURUHAN
JOHAN - KEDAH
KEDUA - SARAWAK
KETIGA - PULAU PINANG

INDIVIDU LELAKI BAWAH 15 TAHUN
NAIB JOHAN - RYAN NEVILLE PASQUAL

INDIVIDU PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
JOHAN - VANESSA RAJ
KETIGA - CELINE YEAP SHU WAN

BERPASUKAN PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
JOHAN - VANESSA RAJ, CELINE YEAP DAN LIM JEE NEE

Fatimah Jamil




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved