Monday, March 12, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON - PBA HALL BUKIT DUMBAR

Tarikh : 8hb Mac 2012 (Khamis)
Masa : 5.20 petang - 6.45 petang
Tempat : PLN Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kehadiran :

1. Razlan Rajan Bin Abdullah - JPM (PROGRAM PELAPIS NEGERI)
2. Deng Lei - JLN (MAJLIS SUKAN NEGERI)
3. Ernita - JLN (PERSATUAN BADMINTON PULAU PINANG)
4. Atlet - 11 Lelaki, 9 Wanita (Program Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang)
5. Atlet - 4 Lelaki, 3 Wanita (Program Pembangunan PBA)

LATIHAN

1. Larian 10 pusingan seluas 9 gelanggang badminton.
2. Kepantasan (Speeding)
3. Kelembutan (Agility)
4. 3 Vs 3
5. 1 Vs 1

UJIAN

1. Ujian Kecergasan akan diadakan pada 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam dengan bantuan pihak ISN.
2. Ujian Kecergasan akan diadakan pada 2 - 3 April 2012 di PLN Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang dengan bantuan pihak ISN.
PERTANDINGAN
1. Dimaklumkan oleh JPM Razlan, Kejohanan MSSM pada 12 - 16 Mac 2012 di Alor Setar, Kedah.
2. Kejohanan yang akan datang, Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) pada 18 - 22 April 2012 di Kuala Lumpur.

KECEDERAAN

1. Tiada kecederaan

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN

1. Cadangan mengadakan Sesi Taklimat Program Latihan kepada Ibu/Bapa dengan kerjasama pihak ISN pada 28 April 2012 di Majlis Sukan Negeri.

ULASAN.

1. Mendapati 3 atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur sedang menjalani latihan di Bilik Gym Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
2. Selain dari JPM Razlan dan JLN Deng Lei, mendapati JLN Ernita sedang melatih alet dalam Program Pembangunan PBA bawah 12 tahun.
3. Mendapati JPM Razlan sedang menjalankan sesi pemilihan seorang atlet bagi acara perseorangan dalam kategori bawah 12 tahun untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) yang akan datang di Kuala Lumpur. Seramai 4 atlet yang menjalani sesi pemilihan tersebut.
4. Ujian Kecergasan diadakan di dua tempat yang berbeza iaitu di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam dan Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang dan atlet yang berlainan.
5. JPM Razlan memaklumkan seramai 11 lelaki dan 10 wanita yang terlibat dalam Kejohanan MSSM di Alor Setar, Kedah.
6. Perjumpaan bersama Atlet dari Bukit Jalil untuk bertanyakan pembayaran elaun bulanan (Oktober - Disember 2011) dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan makluman yang diterima dari atlet tersebut telah menerimanya.
7. Sebagai Penyelaras Sukan Badminton Majlis Sukan Negeri (Program Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang) telah mengadakan perjumpaan bersama JLN Deng Lei yang di bantu oleh En. Loh Eng Swee (Setiausaha Program Latihan, Pemilihan dan Pembangunan Atlet PBA) sebagai penterjemah untuk menjelaskan terdapat kekurangan maklumat dalam laporan bulanan yang di hantar kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
8. Memaklumkan kepada JLN Deng Lei tentang Sesi Lawatan Pemantauan pihak ISN ke Pusat Latihan Bukit Berapit, Bukit Mertajam pada 10 Mac 2012 dari 9.00 pagi. Terima kasih kepada En. Loh Eng Swee atas bantuan beliau sebagai penterjemah.
9. Pemantauan latihan atlet dan perbincangan bersama JLN Deng Lei berjalan dengan lancar. Semasa perjumpaan bersama keluarga tiada masalah yang dibangkitkan.

Fatimah Jamil








































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved