Thursday, March 22, 2012

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/2012 - 1st Day

Tarikh : 21 sehingga 25 Mac 2012
Venue : UTEM, Melaka

Pergerakan dimulakan pada 20hb (Selasa) jam 9.00 pagi dengan menaiki bas SUK P.Pinang. Pasukan memanah Pulau Pinang tiba di Melaka pada jam 5.30 petang setelah mengharungi selama 8 jam perjalanan. Pasukan telah menginap di Taman Melaka Raya 1, Bandar Hilir dengan menyewa 2 buah rumah iaitu 1 lelaki & 1 wanita.

Penyertaan kali ini disertai seramai 23 atlet dari Pulau Pinang. Seramai 10 atlet dari kategori recurve (4 lelaki & 6 wanita) dan 13 atlet kategori compound (8 lelaki & 5 wanita). Di kejohanan ini akan diadakan pemilihan pertama untuk memilih atlet yang akan bertanding di Sukan Malaysia 2012 / Pahang. Berikut adalah senarai penyertaan dari Pulau Pinang.

SDO / Pengurus Recurve
1. Shasha Tarmuzi

Pengurus Compound
1. Chatijah Jaafar

Jurulatih
1. Jaffery Low
2. Shamani Ganesen
3. Ramli Tabri

Atlet Recurve
1. Mohd Syazwan Md Fuad
2. Noor Aiman Abd Hamid
3. Quak Ting Hua
4. Muhammad Faris Jamaluddin
5. Meerosha Balakrishnan
6. Syarfa Zulaikha Shabudin
7. Fatin Sabrina Abd Rahim
8. Teoh Wen Zhing
9. Siti Fatimah Abd Karim
10. Loke Shin HuiAtlet

Compound
1. Zulfadhli Ruslan
2. Lee Chiang Sen
3. Tan Chin Hong
4. Muhammad Fitri
5. Ahmad Hadi Ahmad Zaki
6. Logathasan
7. Mohd Akmal
8. Aidi Amar Ramli
9. Nik Izzati Mohamad
10. Deeviyaa
11. Nur Ayuni Hasinah Ahmad Shukor
12. Lim Lian Jhing
13. Ezati Hanani Murdi

Hari ini (21hb Mac 2012/ Rabu) telah diadakan latihan rasmi pada jam 9 pagi sehingga 2.30 petang dan pemeriksaan peralatan. Jam 10.00 pagi telah diadakan mesyuarat pengurus pasukan. Seramai 31 pasukan (347 peserta) telah mengesahkan pendaftaraan pada kejohanan kali ini dengan pecahan seperti berikut :
1. Recurve Lelaki - 100 peserta
2. Recurve Wanita - 70 peserta
3. Compound Lelaki - 100 peserta
4. Compound Wanita - 77 peserta

Format pertandingan adalah single FITA dengan menggunakan sequence ABC. Scoring system adalah By Archers. Untuk Pusingan Olimpik (Rec&Comp - L&W) akan memilih 1-48 dan untuk Pasukan (Rec&Comp - L&W) akan memilih 1- 8 pasukan sahaja.

Pada jam 3.00 petang, perasmian telah diadakan dan ia dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JBS Melaka dan dihadiri bersama Presiden Persatuan Memanah Negeri Melaka. Sebelah malam telah diadakan satu perjumpaan bersama atlet Pulau Pinang.Esok akan bermulalah kejohanan dimana kedua2 kategori akan mengambil bahagian untuk jarak 90m & 70m bagi lelaki dan 70m & 60m bagi wanita. Selamat Berjuang & Selamat Maju Jaya Untuk Esok.

Shasha Tarmuzi




































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved