Monday, March 26, 2012

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/2012 - 4th Day

Tarikh : 21 sehingga 25 Mac 2012
Venue : UTEM, Melaka

Hari ini hanya mempertandingkan pusingan olimpik individu & berpasukan campuran bagi kedua-dua acara iaitu recurve & compound sahaja.Kesemua atlet Pulau Pinang berjaya menempatkan diri ke pusingan olimpik.Atlet lelaki recurve & compound yang terpilih adalah 1/48 dan atlet wanita recurve & compound 1/32.

Pengalaman yang membezakan diantara pemanah yang lain. Bersaing dengan atlet Elit dan Kebangsaan merupakan pengalaman baru bagi atlet2 Pulau Pinang. Bagi atlet compound pula,saingan diantara pemanah2 ATM, Terengganu, Melaka & Selangor.Kebanyakkan atlet Elit tidak akan bertanding di Sukma Pahang dan diharap pengalaman shot bersama mereka dapat diambil oleh atlet2.

Pungutan pingat hari ini adalah dari Berpasukan Campuran iaitu Zulfadhli Ruslan dan Nur Ayuni Hasinah. Setelah 2 kali mencuba untuk melangkah ke final, akhirnya percubaan kali ke-3 mereka berjaya memungut pingat perak untuk Pulau Pinang.Esok akan diadakan acara berpasukan recurve & compound dan final akan di adakan di Dataran 1 Malaysia Klebang. Jumpa esok. TQ

Shasha Tarmuzi



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved