Thursday, November 16, 2017

LAPORAN ROADSHOW PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN TENIS NEGARA 1ST SERVE NEGERI PULAU PINANG

Tarikh: 15 November 2017 (Rabu)
Masa : 7.30 am - 12.00 pm
Tempat : SK Machang Bubok, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Encik Abdul Halim Bin Ibrahim - Ketu Unit Sukan JPNPP
2. Encik Hashmam Bin Abdarahim - Penyelaras Sukan Tenis JPNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
4. Encik Zulkhairi Bin Md Haji Khir - Jurulatih Pembangunan Sukan Tenis MSNM
5. Encik Mohammad Nazreen Bin Mohd Hanafiah - wakil LTAM
6. Encik Pang Ti Hin - JSM USPTNPP
7. Encik Francis Su - JSM USPTNPP
8. Puan Janet S.P. Loo - Bendahari PLTA
9. 41 orang guru
10. 26 buah sekolah

ATLET
1. 83 Orang Pelajar

TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi - 8.00 pagi (Pendaftaran)
8.00 pagi - 10.00 pagi ( Bengkel Guru & Aktiviti Murid)
10.00 pagi - 10.10 pagi (REHAT)
10.10 pagi - 12.00 tengahari (Klinik Murid)
12.00 tengahari (BERSURAI)

ULASAN
1. Sebanyak 26 buah sekolah dan 83 orang pelajari dari 5 daerah Pulau Pinang telah berkumpul di SK Machang Bubok 2 untuk menjalani program ini, sambutan yang baik diterima daripada program ini.
2. Encik Zulkhairi Bin Md Haji Khir selaku jurulatih dan speaker menjalani program ini memberi pelbagai input yang bermanfaat dalam pengajaran dan pembelajaran asas sukan tenis kepada guru dan murid-murid.
3. Beliau yang telah dibantu oleh Encik Mohammad Nazreen Bin Mohd Hanafiah dalam menyediakan segala peralatan dan kemudahan untuk memudahkan aktivit praktikal yang akan dijalankan bagi lebih memahami pengajaran yang diberikan.
4. Secara amnya, murid-murid tidak mempunyai asas dalam sukan tenis dan program ini merupakan talent ID bagi guru dan persatuan mengenalpasti bakat yang ada pada murid-murid.
5. PPN memohon pihak JPNPP meneruskan dan mempunyai kesinambungan program ini bersama jurulatih dan persatuan yang mempunyai kepakaran dalam sukan tenis untuk mengelakkan pembangunan sukan tenis yang dijalankan malap selepas program 1st serve ini.
6. Pihak jurulatih juga memaklumkan sedia membantu dalam program pembangunan dengan kerjasama JPNPP, namun begitu untuk masa terdekat guru-guru yang hadir pada hari ini juga perlu memberi komitmen yang tinggi dalam menjalani dan mencuba sukan tenis ini selepas program ini dijalankan bersama murid-murid.
7. Pihak LTAM sendiri memaklumkna pada tahun ini juga mereka akan menyalurkan 20 raket tenis, 4 net dan beberapa carton bola tenis untuk latihan kepada Unit Sukan JPNPP untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam sukan tenis.
8. Cadangan diberikan kepada penyelaras sukan tenis untuk memaklumkan segala aktiviti yang dijalankan oleh JPNPP dengan lebih awal kepada pihak MSN dan Persatuan untuk mengelakkan pertindihan tarikh dengan kejohanan bagi meneruskan kejayaan program ini di masa akan datang.
9. Mini pertandingan tenis juga boleh dijalankan untuk memastikan murid-murid yang berminat dengan sukan tenis ini diteruskan. Selain itu, pihak jurulatih telah memberikan butiran diri mereka kepada guru dan murid-murid untuk menghubungi sekiranya berminat menjalani latihan bersama mereka sebelum diserap masuk ke dalam program USPTN.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved