Thursday, November 30, 2017

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Sirkit Kebangsaan telah memasuki hari kedua kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 3 kategori iaitu gred 4 & 5 (freehand) dan U10 (freehand & rope). Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : G4 (Freehand)
Lee Jing Ying - 11.000 mata
Alicia Boon Yan Lin - 10.050 mata 
Iris Tan Yi Hong - 11.000 mata

Kategori : G5 (Freehand)
Ong Wei Yee - 11.450 mata
Evelyn Foo Yi Fei - 8.050 mata 
Nur Syaziana Soffia -  11.150 mata
Angie Tan En Qi - 9.850 mata

Kategori : U10 (Freehand)
Nicole Cheng Qi Ern - 10.30 mata

Kategori : U10 (Rope)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.60 mata

Pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 gangsa bagi acara U10-Freehand. Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2017.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved