Wednesday, November 29, 2017

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017

Tarikh : 27 November 2017 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28, 2017 pada 27 hingga 28 November 2017 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 27 November 2017 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 1.30 hingga 3.30 petang. Sebanyak 6 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Selangor, Pahang, Perak,Sabah dan Pelapis Kebangsaan.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan. Oleh itu, pasukan Pulau Pinang hanya dapat bertanding dalam kategori individu dan tidak dapat mengumpul markah bagi kategori berkumpulan disebabkan minimum apparatus diperlukan ialah 12 dan pasukan Pulau Pinang hanya melakukan 8 apparatus. Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku dan tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved