Tuesday, November 7, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 4 November 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 3.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Game - Pairs

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Open Pairs Terengganu yang akan berlangsung pada 14 hingga 20 November 2017 di Kompleks Gong Badak Terengganu

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu set bowls yang telah diperuntukkan oleh Majlis Sukan Negara telah diterima oleh jurulatih daripada pembekal.


PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. PPN dimaklumkan oleh jurulatih di saat akhir berkenaan perubahan tempat bagi "Talent Identification- New Athletes" yang asalnya berlangsung di Green-Manjung namun pihak mereka menolak kerana tempat tersebut tidak siap sepenuhnya lagi dan memohon Pulau Pinang untuk menjadi wakil bagi Zone 1 Utara.
2. PPN dimaklumkan sepatutnya program TID ini perlu berlangsung dua hari serentak dengan zon lain iaitu 4 hingga 5 November 2017 namun disebabkan penyertaan yang tidak memberangsangkan di zon utara, pemilihan hanya dijalankan pada 4 November 2017. Seterusnya, seperti dalam peraturan menyatakan setiap negeri perlu menghantar 5 orang lelaki dan 5 orang wanita, namun negeri Perlis hanya menghantar 2 penyertaan, Kedah dan Perak tiada penyertaan, dan Pulau Pinang 6 orang penyertaan disebabkan 4 orang tidak dapat hadir kerana kecemasan banjir di kawasan rumah.
3. Observer pada 4 November 2017 tersebut ialah Cik Azlina dan Cik Nur Fid, keputusan pemilihan akan dimaklumkan kemudian sebelum pihak MLBF menjalankan centralize training di Kuala Lumpur.
4. Program ini berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dan pada sebelah tengah hari hujan telah turun dengan lebat dan green bermasalah dengan air bertakung. Masalah green pernah dibangkitkan sebelum ini tapi MPSP pemilik gelanggang tersebut tidak mempunyai bajet untuk penambahbaikan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved