Tuesday, November 7, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE KEJOHANAN RENANG ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG FASA 2/2017

Tarikh : 4 November 2017 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bandaraya Relau Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting – JSM USPTN
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN

ATLET
1. 65 Atlet

PERTANDINGAN
1. Jurulatih & atlet telah menyertai Kejohanan Renang Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Fasa 2/2017 pada 4 November 2017 (Sabtu) di Kompleks Sukan Bandaraya Relau Pulau Pinang.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat sedang berlangsung Kejohanan Renang Antara Daerah Negeri Pulau Pinang Fasa 2/2017 anjuran Majlis Sukan Daerah dengan kerjasama USPTNPP dan MSNPP. Kejohanan tersebut untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam program pembangunan Sukma.
2. Keputusan keseluruhan kejohanan masih belum diterima daripada pihak Penganjur.
3. PPN memaklumkan bahawa Mesyuarat JKK USPTN Bil 2/2017 akan dijalankan pada 7 November 2017 (Selasa) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat MSNPP.
4. Pihak Persatuan masih belum menggunakan kuota kejohanan yang telah diperuntukkan pada tahun ini. Kelulusan kuota kejohanan adalah sebanyak 3 kejohanan. Mengikut takwim tahunan hanya tinggal 1 kejohanan yang boleh disertai oleh atlet Pelapis iaitu 36th National Inter-Club Swimming Championships - President Cup pada 24 hingga 26 November 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved