Wednesday, November 29, 2017

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 (Selasa hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 28 November 2017 bermula jam 7.30 malam dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 5.00 petang.

Sebanyak 9 negeri dan 1 negara Singapura telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pahang, Perak,Sabah, Sarawak dan Kedah

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori U8 (group exercise), Gred 5, Gred 4 dan U10. Pendaftaran telah dilakukan seramai 15 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Choong Shu Qi, Choong Shu Hui, Stephanie Lean Yen Er, Lim Yi Hui, Angel Chen En Rou, Gracia Kuan Han Yi, Angel Tan En Qi, Lee Jing Ying, Nicole Cheng Qi Ern, Lee Jing Ying, Alicia Boon, Angie Tan En Qi, Iris Tan Yi Hong dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku kepada seorang gimnas Pulau Pinang iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 serta perlu menarik diri dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved