Wednesday, November 29, 2017

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017 & KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF SIRKIT 2/2017

 Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017 telah memasuki hari kedua dan hari terakhir bagi kedua-dua kejohanan yang berlangsung serentak.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 8 apparatus bagi kategori Junior. Namun begitu atlet hanya dapat bertanding dalam kategori individu kerana tidak cukup penyertaan 4 gimnas bagi mengumpul markah satu kumpulan. Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 9.00 malam. 

Keputusan kejohanan kali ini tidak memuaskan kerana atlet tidak cukup masa untuk menjalani latihan bersama jurulatih separuh masa. Walaubagaimanapun atlet tetap berusaha untuk bertanding pada hari ini.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN 2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.650 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.050 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

Sekian sahaja laporan pada hari kedua dan terakhir Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved