Friday, December 9, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DAN PEMILIHAN ATLIT KE KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2016

Pada  8 Disember 2016 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai petinju dari Pusat LatihanTinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang. Hampir 20 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan siri 3/2016 pada 12 hingga 16 Disember 2016 di Pusat Latihan Tinju Negeri Kedah,Pekan Sik,Kedah Darul Aman 

Seramai 20 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam.Selain itu juga Jurulatih Pak Johnny berkongsi tip-tip berkenaan tinju kepada atlit sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan teknik masing-masing. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved