Monday, December 19, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 16 Disember 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi - Pegawai Belia & Sukan Pusat Satelit ISNPP
3. En. Mohd Azizi Bin Shafie - Pembantu Belia & Sukan ISNPP
4. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016
2. Leaps, Pivot & Flexibility

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 2/2016 pada 16 Disember 2016 jam 8.00 malam

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan, memandangkan cuti sekolah telah berlangsung terdapat beberapa atlet telah pergi bercuti bersama keluarga serta beberapa orang atlet telah berhenti dan beralih ke sukan lain.
2. Jurulatih memaklumkan beliau masih dalam pertimbangan untuk melanjutkan kontrak jsm pada tahun hadapan kerana kekangan komitmen pekerjaan hakiki yang perlu ditanggung. Hal ini pihak persatuan telah mengambil maklum.
3. Jurulatih juga memaklumkan atlet beliau masih tidak mempunyai kekuatan dalam elemen yang diberikan oleh beliau. Pihak PPN menasihatkan beliau untuk berurusan terus dengan pihak ISN bagi mendapatkan exercise menggunakan body weight bagi membina kekuatan kepada atlet, dalam masa yang sama pihak jurulatih boleh berjumpa nutritionist untuk mendapatkan supplemen yang disediakan dan bersesuaian.
4. Keputusan ujian kecergasan 2/2016 akan dibuat perbandingan daripada ujian pertama yang lepas. Pihak ISN akan memaklumkan kepada jurulatih setelah siap analisis
yang dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved