Monday, December 5, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA (MESYUARAT PENGURUS PASUKAN) KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Tarikh : 30 November 2016 (Rabu)
Tempat : Ayer Keroh, Melaka

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/3016 telah membuka kalendar pada akhir tahun 2016 dimana penganjuran kali ini akan dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 30 November hingga 3 Disember 2016 yang melibatkan 9 lokasi pertandingan iaitu Angkat Berat (Mydin Mall Ayer Keroh), Olahraga (IPG Durian Daun), Memanah (Dataran Sejarah Ayer Keroh), Tinju (Melaka Mall Ayer Keroh), Gimnastik (Dewan Gimnastik Ayer Leleh), Gimrama (Kompleks Sukan Komuniti Krubong), Menembak (Lapang Sasar Menembak Ayer Keroh), Sepak Takraw (Dewan MSN Ayer Keroh) & Akuatik Terjun (Pusat Akuatik Hang Jebat). Sebanyak 14 negeri terlibat secara langsung dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 8 sukan daripada 9 sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 8.00 pagi dan tiba di Melaka pada jam 5.30 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seramai 178 orang yang melibatkan 7 orang pegawai, 23 orang jurulatih, dan 148 orang atlet.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan yang berumur 11 hingga 15 tahun. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan  sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi secara berperingkat-peringkat.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Memanah dan Olahraga manakala pada sebelah malam melibatkan sukan Sepaktakraw, Menembak, Gimnastik Artistik, Gimrama, Tinju, Angkat Berat. Secara keseluruhan mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit dan pihak penganjur mengingatkan kepada semua negeri agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur mengucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua negeri yang bertanding.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Ayer Keroh Melaka

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved