Tuesday, December 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Disember 2016 (Ahad)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 16 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 2/2016 dicadangkan untuk dijalankan pada 20 Disember 2016

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Mutiara Open 2016, yang sedang berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016 dikelola oleh Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Sebanyak 36 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini dan pasukan pelapis Pulau Pinang menghantar 8 pasukan untuk bertanding.
2. Prestasi atlet pada kali ini agak terganggu apabila mereka dan jurulatih perlu mengeringkan green yang banjir setelah hujan lebat pada 12 Disember 2016 lalu pertandingan lewat bermula pada jam 12.00 tengah hari.
3. Sebanyak 3 pasukan pelapis berjaya berada dalam kedudukan terbaik. Pasukan Pulau Pinang B mendapat kedudukan 4/36, Pasukan Pulau Pinang D mendapat kedudukan 10/36 dan Pasukan Pulau Pinang E mendapat kedudukan 15/36.
4. Pihak persatuan telah mencuba yang terbaik untuk menganjurkan pertandingan pada kali ini namun faktor luaran seperti cuaca tidak dapat dielakkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved