Monday, December 5, 2016

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Kejohanan : Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016
Sukan : Sepaktakraw
Tempat : Dewan MSN Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 1 hingga 3 Disember 2016

LATAR BELAKANG
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 ini diadakan untuk memberikan kejohanan pendedahan di peringkat umur bawah 15 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan.  Kejohanan ini  melibatkan 9 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju, Akuatik Terjun dan Gimrama.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan.

KANDUNGAN
Kejohanan Karnival Bakat ini telah melibatkan 3 siri iaitu siri pertama di negeri Terengganu pada 12 hingga 15 Mei 2016, siri kedua di Pulau Pinang pada 15 hingga 18 Ogos 2016 dan siri ketiga pada 30 November hingga 3 Disember 2016.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1816 orang yang terdiri daripada 1536 orang atlet dan 280 orang pegawai dan jurulatih.  Sebanyak 9 jenis sukan dipertandingkan melibatkan peringkat  umur dari 7 hingga 15 tahun. 

PENYERTAAN
Pasukan Pulau Pinang telah menghantar penyertaan bagi sukan Sepaktakraw yang melibatkan regu 13 tahun, regu 14 tahun dan regu 15 tahun. Pasukan Pulau Pinang tidak menghantar regu 12 tahun pada karnival kali ini. Penyertaan keseluruhan telah melibatkan semua 14 negeri pada karnival terakhir ini.

KEPUTUSAN PENUH
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN


Johan : Terengganu
Naib Johan : Johor
Ketiga bersama : Kelantan & Pahang

KATEGORI BAWAH 13 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga bersama : Terengganu & Johor

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan 
Ketiga bersama : Melaka A & Perlis B

KATEGORI BAWAH 15 TAHUN

Johan : Johor
Naib Johan : Pulau Pinang A
Ketiga bersama : Pulau Pinang B & Selangor

PENUTUP
Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah membawa balik 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa . Satu pencapaian yang membanggakan dan memuaskan kepada semua atlet-atlet yang telah menyertai pada kejohanan kali ini. Para atlet juga telah menunjukkan prestasi yang di luar jangkaan pada setiap permainan. Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan yang  tidak berjaya jangan berputus asa. Kejohanan kali ini adalah sebagai medan untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Laporan dari Ayer Keroh Melaka

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved