Monday, September 29, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BOLING PADANG

Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Masa : 5.30 ptg
Tempat : Komplek Sukan Bertam, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Jurulatih - En. Yusof Omar
2. Atlit - 14 Orang

LATIHAN
1. Apply the basic of deliver
2. Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Padang National Open Pairs Kota Kinabalu Sabah pada 23 - 26 Oktober 2014.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Mohon untuk mendapatkan Bowl, Green Latihan kurang memuaskan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa 
2. Kehadiran memuaskan pada hari minggu.
3. Dari pemerhatian, atlet menunjukkan sedikit peningkatan dalam menjalani latihan dan memahami arahan jurulatih.
4. Pada kejohanan yang akan berlangsung di Kota Kinabalu Sabah hanya 4 atlet dan jurulatih terbabit pada kejohanan tersebut.
5. Jurulatih memaklumkan atlet yang menjalani latihan perlukan pendedahan kejohanan untuk menilai tahap permainan mereka. Jurulatih juga memohon peruntukan untuk kejohanan yang dianjurkan oleh pihak MPSP kerana pihak MPSP akan menganjurkan Piala YDP MPSP pada setiap tahun. 

Sekian.

Laporan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TINJU SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2014

Tarikh : 23 – 27 September 2014
Masa : 2.00 petang  hingga 7.00 petang
Tempat : Kompleks RTC Kota Bharu, Kelantan

Pada 23 hingga 27 September yang lalu telah diadakan Kejohanan Tinju Remaja Kebnagsaan Siri 2/2014. Kejohanan bermula pada hari Rabu sehingga Sabtu. Pulau Pinang telah menghantar seramai 14 petinju pada kejohanan ini. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya. Proses undian dijalankan pada hari pertama. Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 7.00 petang setiap hari kecuali pada hari jumaat bermula pada pukul 3.00 petang mengikut kategori masing-masing.

Secara keseluruhan, pasukan Pulau Pinang memperoleh 2 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa mengikut kategori masing-masing. Berikut pencapaian petinju-petinju Pulau Pinang mengikut kategori masing-masing.

13-14 TAHUN

Kategori 36-38 kg
1)    Danial Zikry (Emas)
Kategori 38-40 kg
1)    Muhammad Rasdenal (Perak)
Kategori 44-46 kg
1)    Sheikh Ramatullah (Gangsa)
Kategori 48-50 kg
1)    Mohammad Asyraf Ahmad (Gangsa)
Kategori 52-54 kg
1)    Somesh A/l Rajendarn (Gangsa)

15-16 TAHUN

Kategori 44-46 kg
1)    Yuvanth Raj (Emas)
Kategori 46-48 kg
1)    Izzul Iman Asaari (Gangsa)
Kategori 54-56 kg
1)    Sarwin Kumar (Perak)

17-18 TAHUN

Kategori 56-60 kg
1)    Harizwan Zainuddin (Gangsa)

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Masa : 4.30 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
2. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
3. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. En. Cheik Teik Tatt - JSM
5. Atlet - 13 lelaki & 11 wanita

LATIHAN
1. Roll Off Bulanan

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
1. Danish Syukran masih diberi rehat sementara dari sesi latihan.

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Sesi latihan hari ini bermula lewat pada sebelah petang berikutan hari ini adalah hari ganti sekolah.
2. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
3. PPN dimaklumkan oleh jurulatih bahawa Syazwani Binti Anuar tidak hadir menjalani latihan kerana mengerjakan haji bersama keluarga.
4. Di akhir pemantauan, ibu bapa bersepakat untuk menyediakan sedikit jamuan ringan kepada semua yang hadir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN KLINIK & PENCARIAN BAKAT BARU (TID) BAGI SUKAN ANGKAT BERAT 2014

Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Tasek, Simpang Ampat.

KEHADIRAN
1. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTN
2. En. Muhammad Asrul Hisham Bin Ahmad - USPTN
3. Pn. Aida Binti Ismail - Penyelaras MSD
4. En. Asaithamby - Penolong Kokurikulum Sekolah
5. En. Zulhilmie Bin Md Fisol - Pemegang Pingat Perak Sukan Komanwel Glasgow.
6. En. Arshad Bin Abu Seman - JSM
7. En. Ahmad Faris Faisal Bin Rosskenedy - Atlet PN
8. En. Abdul Haris Bin Che Pi - Atlet PN

OBJEKTIF
Program ini dapat diadakan adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap, diasah sekaligus diketengahkan di peringkat daerah mahupun negeri. Ia juga dapat memberi pengalaman baru pada setiap pelajar untuk mengenal serta mempraktik teknik-teknik yang betul sebelum pemilihan dibuat. Pihak Unit juga ada membentangkan beberapa perkara dan hala tuju sukan ini pada setiap pelajar sekiranya terpilih. Akhir pembentangan Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebung"

PENYERTAAN

Penglibatan dalam program ini melibatkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut dimana seramai 145 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dipanggil untuk hadir pada sesi pemilihan awal. Pada peringkat awal, jurulatih akan mencari seberapa ramai pelajar yang berminat melalui beberapa ujian sebelum ditarik masuk ke peringkat kedua sebelum sesi pemilihan seterusnya dibuat bagi diserap ke program pembangunan negeri.

UJIAN PEMILIHAN
Klinik dan TID sukan ini diteruskan dengan sesi ringkas bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti struktur badan ketika squad, ujian asas kekuatan kaki, demo Snatch, Clean & Jerk. Selain itu juga, demostrasi dari pemegang pingat perak Sukan Komanwel Glasgow, Scotland juga dapat ditonton bagi menarik minat pelajar untuk menyertai sukan angkat berat. Beliau juga sempat berjumpa dan melawat Pusat Latihan dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang sedia ada sebagai peransang untuk terus berjaya dalam sukan angkat berat.


Akhir kata, pihak unit mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diadakan pada tahun akan datang serta menjadi pemangkin untuk melahirkan ramai jaguh-jaguh baru bagi sukan angkat berat.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH REAMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

Tarikh : 26 September 2014 (Jumaat)
Tempat: Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Masa: 8.00 pagi - 12.30 petang

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 yang berlangsung selama lima hari di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah menutup tirai kejohanan pada hari ini. Hari terakhir mempertandingkan acara berpasukan pusingan olimpik kategori 1 dan 2.

Bagi kategori 1 lelaki, pasukan Pelapis Pulau Pinang yang diwakili Iskandar Zulkarnain, Khor Gui Tang dan Yeoh Wei Khang muncul naib johan tewas kepada pasukan Selangor dengan keputusan (0-6). Manakala pasukan wanita terdiri daripada Syarfa Zulaikha, Hurunain Abdul Aziz dan Kayalvhily Partiban turut menyumbang pingat perak setelah tewas kepada pasukan Elit Kebangsaan dengan score (0-6).

Pelapis Pulau Pinang bagi kategori 2 diwakili Khambeswaran, Ahmad Abdillah dan Abdul Haziq tewas di pusingan 1/8 kepada pasukan Kedah dengan keputusan (0-6). Pasukan wanita pula mara ke peringkat suku akhir dan kalah kepada pasukan kedah dengan keputusan (0-6). Atlet wanita terdiri daripada Priyaswary, Pritiswary dan Nurin Sofiya.

Secara keseluruhan Pelapis Pulau Pinang memungut 2 pingat perak dan satu gangsa melalui acara berpasukan olimpik round kategori 1 (2 perak) dan lelaki kategori 1 jarak 30 meter (1gangsa) disumbang Mohd Iskandar Zulkarnain pada hari kedua kejohanan. Tahniah dan syabas kepada kepada atlet-atlet yang telah mengharungi cabaran pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, September 26, 2014

PEMANTAUAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

Tarikh : 25 September 2014 (Khamis)
Tempat: Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Hari ketiga pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi dengan latihan rasmi (sightest) . Acara yang berlangsung hari ini adalah pusingan olimpik individu lelaki dan wanita bagi kategori 1 dan 2. Pusingan kalah mati dengan format set sistem digunakan bagi menentukan pemenang.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi  atlet Pelapis Pulau Pinang :-

KATEGORI 1 (LELAKI)
Suku Akhir
(PP) Mohd iskandar vs (Sbh) Wister Soh - (0-6)
(PP) Khor Gui Tang vs (Sel) Kamal Akashah - (2-6)
Pusingan 1/8
(PP) Yeoh Wei Khang vs (Sel) Amirul Amin Abdul Rahim - (5-6)

KATEGORI 1 (WANITA)
Suku Akhir
(PP) Syarfa Zulaikha  vs (Elit) Loke Shin Hui - (0-6)
(PP) Hurunain Abdul Aziz vs (Elit) Nur Aliya Ghapar - (0-6)
(PP) Kayalvhily Partiben vs (Elit) Farah Amalina Azhar - (1-7)
Pusingan 1/8
(PP) Siti Maisarah vs (PP) Syarfa Zulaikha - (3-7)

KATEGORI 2 (LELAKI)
Pusingan 1/16
(PP) Khambeswaran Mohanraja vs (Sel) Jamil Shah  (4-6)
Pusingan 1/32
(PP) Abdul Haziq Abdul Rahim vs (Kdh) Mohd Azfar - (0-6)
(PP) Mohd Iqbal Hafiz vs (Labuan) M Nur Hafiy - (0-6)
(PP) Mohd Khairul Aizat Zulkifli vs (Sel) Jamil Shah (0-6)

KATEGORI 2 (WANITA)
Suku Akhir
(PP) Pritiswary Muniswaran vs (SSMP) Mas Aishah - (0-6)
Pusingan 1/8
(PP) Priyaswary Muniswaran vs (Kdh) Fakhirah Mat Said - (3-7)
Pusingan 1/16
(PP) Nurin Sofiya vs (Elit) Nur Afisa (0-6)

Pada hari terakhir esok mempertandingkan acara berpasukan pusingan olimpik kategori 1 dan 2. Selamat berjuang buat Pasukan Pelapis Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

Tarikh : 24 September 2014 (Rabu)
Tempat: Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah selama 5 hari bermula pada 22 - 26 September 2014. Pasukan Memanah Pelapis Pulau pinang menghantar 16 orang atlet yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita bagi bersaing dalam acara kat 1 dan kat 2.  Pertandingan pada hari ini membabitkan 2 jarak bagi semua kategori seperti berikut:

Kat 1 (Lelaki) - Jarak 50m dan 30m
Kat 1 (Wanita) - Jarak 50m dan 30m
Kat 2 (Lelaki) - Jarak 50m dan 30m
Kat 2 (Wanita) - Jarak 40m dan 30m

Berikut adalah keputusan rasmi bagi  atlet Pelapis Pulau Pinang :-
1. Mohd iskandar (1156/7) - Kat 1
2. Khor Gui Tang (1169/4) - Kat 1
3. Yeoh Wei Khang (803/14) - Kat 1
4. Khambeswaran Mohanraja (1006/31) - Kat 2
5. Ahmad Abdillah (904/48) - Kat 2
6. Abdul Haziq Abdul Rahim (826/55) - Kat 2
7. Mohd Iqbal Hafiz (782/59) - Kat 2
8. Ahmad Alif Aiman (699/61) - Kat 2
9. Mohd Khairul Aizat Zulkifli  (556/63) - Kat 2
10 Syarfa Zulaikha  (1116/6) - Kat 1
11. Hurunain Abdul Aziz (1051/8) - Kat 1
12. Kayalvhily Partiben (1059/7) - Kat 1
13. Siti Maisarah (890/11) - Kat 1
14. Pritiswary Muniswaran (1009/21) - Kat 2
15. Priyaswary Muniswaran (1063/18) - Kat 2
16. Nurin Sofiya (864/33) - Kat 2

Selepas tamat pertandingan telah diadakan upacara penyampaian hadiah bagi acara pusingan kelayakan individu. Hadir sama memeriahkan kejohanan adalah En. Mahazi Bin Ibrahim selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah. Pulau Pinang memungut satu pingat gangsa diperoleh melalui Mohd Iskandar Zulkarnain bagi jarak 30 meter kategori 1(330).

Esok akan berlangsung acara individu olimpik round. Semoga atlet-atlet Pulau Pinang dapat memberi cabaran dan memperoleh kejayaan bagi acara tersebut. Selamat berjuang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, September 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 20 September 2014 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Mega Bowling Center Seberang Perai.

KEHADIRAN
1. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
2. En. Cheik Teik Tatt - JSM
3. Kim Eun Jung - JLN Negeri
4. Atlet - 15 lelaki & 10 wanita

LATIHAN
1. Warming Up & Streching.
2. First Ball.
3. Balancing.
4. Stepping.
5. Practise Games.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Seramai 6 atlet (4 lelaki & 2 wanita) menyertai kejohanan Tenpin Boling MSSM bawah 12 tahun mewakili Pulau Pinang pada 18 hingga 21 September 2014 di Mega Bowling Center Seberang Perai.

KECEDERAAN
1. Salah seorang atlet Pelapis iaitu Danish Syukron Daziro telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan tangan kiri beliau patah. Beliau sekarang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Kedatangan atlet memuaskan dan hanya beberapa atlet tidak hadir pada sesi latihan hari ini.
2. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
3. JSM Albert tidak dapat hadir sesi latihan disebabkan demam panas dan dipantau oleh JSM Nooriani dan JSM Jessen Cheah.
4. Atlet Pelapis Pulau Pinang menunjukkan aksi cemerlang di kejohanan MSSM dengan menggondol 6 emas 2 perak dan 1 gangsa setakat hari ini.
5. Lawatan menziarahi atlet tersebut akan dibuat selepas latihan bersama ibu bapa dan jurulatih.
6. Di akhir pemantauan dibuat, PPN mengucapkan terima kasih di atas komitmen setiap atlet yang hadir pada sesi latihan hari ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TENPIN BOLING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA BAWAH 12 TAHUN 2014

Tarikh : 20 September 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Mega Bowling Center Seberang Perai

Kejohanan Tenpin Boling MSSM 2014 bawah 12 tahun memasuki edisi yang ke-15 dimana Pulau Pinang menjadi lokasi persinggahan setiap negeri yang bertanding. Kejohanan kali ini berlangsung selama 4 hari bermula 18 September 2014 dan berakhir 21 September 2014 yang menglibatkan penyertaan seramai 217 peserta, pegawai, pengurus dan jurulatih terdiri dari 16 buah negeri.

Skuad Pulau Pinang mempertaruhkan peserta seramai 8 orang dimana 6 orang adalah atlet Pelapis Pulau Pinang. Sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu acara individu, beregu, all events, master dan berpasukan. Untuk hari ini, hanya acara master lelaki dan wanita dapat dijalankan pada sebelah pagi yang melibatkan lelaki dan wanita.

Berikut disertakan keputusan rasmi bagi acara master lelaki dan wanita bawah 12 tahun :-

MASTER LELAKI (STEP LADDER)
Emas - Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin (PEN) - 436 jatuhan pin
Perak - Muhammad Hariz Adlan Azman (PEN) - 330 jatuhan pin
Gangsa - Muhammad Zharfan Bin Shahidi@Shaharani (Perlis) - 205 jatuhan pin

MASTER WANITA (STEP LADDER)
Emas - Norsyamira Abu Samah (PHG) - 394 jatuhan pin
Perak - Hanani Haifa Binti Abdullah Sani (SLGR) - 341 jatuhan pin
Gangsa - Nurlayli Fitri Rosli (PHG) - 153 jatuhan pin

Setakat jam 1.00 petang, Skuad Pulau Pinang telah membawa pulang 6 emas 2 perak dan 1 gangsa. Pada hari terakhir kejohanan, hanya acara berpasukan akan dipertandingkan bermula jam 9.00 pagi sebelum acara perasmian penutup pada jam 2.30 petang yang akan dirasmi oleh Pengarah Jabatan pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Mega Bowling Center.

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved