Monday, September 29, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TINJU SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2014

Tarikh : 23 – 27 September 2014
Masa : 2.00 petang  hingga 7.00 petang
Tempat : Kompleks RTC Kota Bharu, Kelantan

Pada 23 hingga 27 September yang lalu telah diadakan Kejohanan Tinju Remaja Kebnagsaan Siri 2/2014. Kejohanan bermula pada hari Rabu sehingga Sabtu. Pulau Pinang telah menghantar seramai 14 petinju pada kejohanan ini. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya. Proses undian dijalankan pada hari pertama. Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 7.00 petang setiap hari kecuali pada hari jumaat bermula pada pukul 3.00 petang mengikut kategori masing-masing.

Secara keseluruhan, pasukan Pulau Pinang memperoleh 2 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa mengikut kategori masing-masing. Berikut pencapaian petinju-petinju Pulau Pinang mengikut kategori masing-masing.

13-14 TAHUN

Kategori 36-38 kg
1)    Danial Zikry (Emas)
Kategori 38-40 kg
1)    Muhammad Rasdenal (Perak)
Kategori 44-46 kg
1)    Sheikh Ramatullah (Gangsa)
Kategori 48-50 kg
1)    Mohammad Asyraf Ahmad (Gangsa)
Kategori 52-54 kg
1)    Somesh A/l Rajendarn (Gangsa)

15-16 TAHUN

Kategori 44-46 kg
1)    Yuvanth Raj (Emas)
Kategori 46-48 kg
1)    Izzul Iman Asaari (Gangsa)
Kategori 54-56 kg
1)    Sarwin Kumar (Perak)

17-18 TAHUN

Kategori 56-60 kg
1)    Harizwan Zainuddin (Gangsa)

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved