Tuesday, September 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 20 September 2014 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Mega Bowling Center Seberang Perai.

KEHADIRAN
1. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
2. En. Cheik Teik Tatt - JSM
3. Kim Eun Jung - JLN Negeri
4. Atlet - 15 lelaki & 10 wanita

LATIHAN
1. Warming Up & Streching.
2. First Ball.
3. Balancing.
4. Stepping.
5. Practise Games.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Seramai 6 atlet (4 lelaki & 2 wanita) menyertai kejohanan Tenpin Boling MSSM bawah 12 tahun mewakili Pulau Pinang pada 18 hingga 21 September 2014 di Mega Bowling Center Seberang Perai.

KECEDERAAN
1. Salah seorang atlet Pelapis iaitu Danish Syukron Daziro telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan tangan kiri beliau patah. Beliau sekarang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Kedatangan atlet memuaskan dan hanya beberapa atlet tidak hadir pada sesi latihan hari ini.
2. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
3. JSM Albert tidak dapat hadir sesi latihan disebabkan demam panas dan dipantau oleh JSM Nooriani dan JSM Jessen Cheah.
4. Atlet Pelapis Pulau Pinang menunjukkan aksi cemerlang di kejohanan MSSM dengan menggondol 6 emas 2 perak dan 1 gangsa setakat hari ini.
5. Lawatan menziarahi atlet tersebut akan dibuat selepas latihan bersama ibu bapa dan jurulatih.
6. Di akhir pemantauan dibuat, PPN mengucapkan terima kasih di atas komitmen setiap atlet yang hadir pada sesi latihan hari ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved