Wednesday, September 17, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DAN PEMILIHAN ATLIT TINJU KE KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN ( PULAU PINANG )

Tarikh : 11 September 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang – 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada  11  September 2014 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai pasukan petinju dari Akademi Serantau, Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang. Hampir 25 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang untuk menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 September di RTC Kota Bharu Kelantan

Seramai 17 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam. Selain itu juga Jurulatih Pak Johnny berkongsi tip-tip berkenaan tinju kepada atlit sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan teknik masing-masing. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved