Friday, September 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

Tarikh : 24 September 2014 (Rabu)
Tempat: Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah selama 5 hari bermula pada 22 - 26 September 2014. Pasukan Memanah Pelapis Pulau pinang menghantar 16 orang atlet yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 wanita bagi bersaing dalam acara kat 1 dan kat 2.  Pertandingan pada hari ini membabitkan 2 jarak bagi semua kategori seperti berikut:

Kat 1 (Lelaki) - Jarak 50m dan 30m
Kat 1 (Wanita) - Jarak 50m dan 30m
Kat 2 (Lelaki) - Jarak 50m dan 30m
Kat 2 (Wanita) - Jarak 40m dan 30m

Berikut adalah keputusan rasmi bagi  atlet Pelapis Pulau Pinang :-
1. Mohd iskandar (1156/7) - Kat 1
2. Khor Gui Tang (1169/4) - Kat 1
3. Yeoh Wei Khang (803/14) - Kat 1
4. Khambeswaran Mohanraja (1006/31) - Kat 2
5. Ahmad Abdillah (904/48) - Kat 2
6. Abdul Haziq Abdul Rahim (826/55) - Kat 2
7. Mohd Iqbal Hafiz (782/59) - Kat 2
8. Ahmad Alif Aiman (699/61) - Kat 2
9. Mohd Khairul Aizat Zulkifli  (556/63) - Kat 2
10 Syarfa Zulaikha  (1116/6) - Kat 1
11. Hurunain Abdul Aziz (1051/8) - Kat 1
12. Kayalvhily Partiben (1059/7) - Kat 1
13. Siti Maisarah (890/11) - Kat 1
14. Pritiswary Muniswaran (1009/21) - Kat 2
15. Priyaswary Muniswaran (1063/18) - Kat 2
16. Nurin Sofiya (864/33) - Kat 2

Selepas tamat pertandingan telah diadakan upacara penyampaian hadiah bagi acara pusingan kelayakan individu. Hadir sama memeriahkan kejohanan adalah En. Mahazi Bin Ibrahim selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah. Pulau Pinang memungut satu pingat gangsa diperoleh melalui Mohd Iskandar Zulkarnain bagi jarak 30 meter kategori 1(330).

Esok akan berlangsung acara individu olimpik round. Semoga atlet-atlet Pulau Pinang dapat memberi cabaran dan memperoleh kejayaan bagi acara tersebut. Selamat berjuang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved