Monday, September 29, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH REAMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014

Tarikh : 26 September 2014 (Jumaat)
Tempat: Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah
Masa: 8.00 pagi - 12.30 petang

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 yang berlangsung selama lima hari di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah menutup tirai kejohanan pada hari ini. Hari terakhir mempertandingkan acara berpasukan pusingan olimpik kategori 1 dan 2.

Bagi kategori 1 lelaki, pasukan Pelapis Pulau Pinang yang diwakili Iskandar Zulkarnain, Khor Gui Tang dan Yeoh Wei Khang muncul naib johan tewas kepada pasukan Selangor dengan keputusan (0-6). Manakala pasukan wanita terdiri daripada Syarfa Zulaikha, Hurunain Abdul Aziz dan Kayalvhily Partiban turut menyumbang pingat perak setelah tewas kepada pasukan Elit Kebangsaan dengan score (0-6).

Pelapis Pulau Pinang bagi kategori 2 diwakili Khambeswaran, Ahmad Abdillah dan Abdul Haziq tewas di pusingan 1/8 kepada pasukan Kedah dengan keputusan (0-6). Pasukan wanita pula mara ke peringkat suku akhir dan kalah kepada pasukan kedah dengan keputusan (0-6). Atlet wanita terdiri daripada Priyaswary, Pritiswary dan Nurin Sofiya.

Secara keseluruhan Pelapis Pulau Pinang memungut 2 pingat perak dan satu gangsa melalui acara berpasukan olimpik round kategori 1 (2 perak) dan lelaki kategori 1 jarak 30 meter (1gangsa) disumbang Mohd Iskandar Zulkarnain pada hari kedua kejohanan. Tahniah dan syabas kepada kepada atlet-atlet yang telah mengharungi cabaran pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved