Thursday, August 21, 2014

LAPORAN PERBINCANGAN PPN BERSAMA JURULATIH PPS BERKAITAN KES KECURIAN DI SMK BATU KAWAN

Tarikh : 20 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : SMK Batu Kawan, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. En. Ibrahim – Penolong Kanan Ko-Kurikulum
2. Cik Azlina Bt Muhammad Noor – JSM PPS
3. Pn. Aimi Amalina Bt Azizan – JSM PPS
4. En. Mohamad Suhairi Bin Othman – PPN
5. En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Salleh – PPN

Pada tarikh 18 Ogos 2014 (Isnin) Jrulatih PPS bagi sukan memanah iaitu Cik Azlina Binti Muhammad Noor memaklumkan telah berlaku kes kecurian barangan di SMK Batu Kawan. Kejadian tersebut turut melibatkan kehilangan barangan peralatan sukan memanah di sekolah berkenaan. Kejadian ini telah mengganggu jadual latihan atlet memanah bagi Program Penggalakkan Sukan (PPS). Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak sekolah berhubung kes kecurian ini untuk siasatan lanjut. Antara peralatan yang hilang adalah seperti berikut :-

1. Bow KAP – 6 Set (68-38 LBS), (68-30 LBS), (68-32 LBS), (66-34 LBS), (66-28 LBS), (68-28LBS)
2. Limb Winstron Carbon – 4 Set
3. KAP Limb – 2 Set
4. T-REX Limb – 2 Set
5. Arrow AKK Easton – 9 Batang
6. BMEN Arrow – 22 Batang
7. Fingers Tap – 6 Set
8. Arm Guard – 5 Set
9. Bow Stand – 6 Set
10. Archery Beg – 2 Set
11. Arrow berlainan jenis – 3 Dozen

Kesemua peralatan ini di simpan di stor memanah sekolah merupakan peralatan utama untuk latihan dan pertandingan bagi atlet-atlet di bawah program. Pihak sekolah menganggarkan kerugian berjumplah RM 15,400. Pihak sekolah dan jurulatih memaklumkan kepada PPN untuk memohon bantuan peralatan daripada MSN sekiranya ada. Ia sedikit sebanyak akan dapat membantu Pusat Latihan Memanah PPS Di SMK Batu Kawan.

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved