Monday, August 25, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN 5TH TM (WTF)-NSC-MILO NATIONAL REMAJA TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh : 23 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.15 malam
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur

Seramai 10 orang atlet Pelapis Pulau Pinang bersama seorang pegawai dan 2 jurulatih telah bertolak dari MSN Pulau Pinang bagi menyertai Kejohanan 5th National Remaja Taekwondo Championships 2014 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur. Kejohanan ini akan membuka tirai kejohanan secara rasmi pada 22 hingga 24 Ogos 2014 dengan penyertaan sebanyak 35 pasukan yang terdiri daripada semua negeri dan kelab yang berdaftar yang merangkumi jumlah keseluruhan seramai 515 atlet (318 lelaki & 197 wanita). Sebanyak 4 gelanggang dibuka untuk pertandingan selama 3 hari ini. Kejohanan kali ini mempertandingkan sebanyak 3 kategori umur iaitu 9-11 tahun, 12-14 tahun dan 15-17 tahun.

Pertandingan berhenti berehat selama 1 jam sebelum Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan dapat dilangsungkan tepat jam 2.30 petang. Majlis petang ini akan disempurnakan oleh YAM Tg Sri Temenggung Raja Tg Baharuddin Ibni Sultan Mahmud Almurtafibillah Shah selaku Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia. Turut hadir Datuk Zulkifli Bin Razak Vice President dan Mohd Nazifuddin Bin Dato Seri Mohd Najib Tun Razak Deputy President.

Berikut disertakan keputusan kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori U17 Lelaki (Fin)

Pusingan 1
- Selva (PEN) menang pada lawan Muhd Azim (TRG) dengan kiraan mata 17-16.
Suku Akhir
- Selva (PEN) menang pada lawan Muhd Al-Qhaus (MLK) dengan kiraan mata 17-16.
Separuh Akhir
- menarik diri atas sebab kecederaan pada kaki kanan dan beliau hanya memenangi pingat gangsa bersama.

Kategori U17 Wanita (Fin)
Suku Akhir
- Nur Fazlyana Nasihah (PEN) kalah kepada lawan Sofia Aqilah (NS) dengan kiraan mata 13-18.

Kategori U17 Wanita (Light)
Pusingan 1
- Dhiveya (PEN) kalah pada lawan Narmatha (Putrajaya) dengan kiraan mata 17-20.

Kategori U14 Lelaki (Bantam)
Pusingan 1
- mendapat bye ke suku akhir
Suku Akhir
- Sharvin (PEN) kalah pada lawan Muhd Fadhli Mohd Saupi (Speed Power) dengan kiraan 4-24.

Kategori U17 Lelaki (Feather)
Pusingan 1
- Thines (PEN) kalah pada lawan Muhd Iskandar Zulkarnain (Koryo) dengan kiraan mata 10-20.

Kategori U14 Wanita (Welter)
Pusingan 1
- Maitheli (PEN) kalah pada lawan Karissa Euvaraj (Viva) dengan kiraan mata 6-9

Kategori U14 Wanita (Feather)

Pusingan 1
- mendapat bye ke suku akhir
Suku Akhir
- Anis Liyana (PEN) kalah pada lawan Nicol Ng Hoi Yan (Pelapis Perak) dengan kiraan mata 4-17.

Pertandingan tamat pada jam 10.15 malam dan akan bersambung pada esok pagi. Skuad Pelapis Pulau Pinang hanya membawa pulang 1 pingat gangsa pada hari ini. Diharap 3 atlet yang belum bertanding akan menyumbang pingat pada esok hari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Cheras

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved