Monday, August 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS MSN KE PLN SUKAN TENIS

Tarikh : 16 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat :  Gelanggang Tenis RECSAM, Pulau Pinang

Kehadiran
1. En. Giam Fook Pang – Pengurus Sukan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN)
2. En. Hamidi Bin Lokman – Pemangku Ketua Unit USPTNPP
3. En. Mohamad Suhairi Bin Othman – PPN
4. En. Francis Su Kok Eng – JSM
5. En. Christopher – Pembantu Jurulatih
6. 5 Orang atlet Pelapis

Latihan
1. Forehand Training
2. Serve training
3. Fitness Training

Ujian
Tiada

Pertandingan
Pada bulan ini menyertai :-
1. Kejohanan Tenis BMW National Malaysian Circuit Leg 4 2014 pada 9 hingga 13 Ogos 2014 di Kompleks Tenis Tun Razak (KTTR), Jalan Duta, Kuala Lumpur.
2. Kejohanan Tenis LTAM Sportexcel 2014 - Leg 4 2014 pada 23 hingga 27 Ogos 2014 di Kompleks Tenis Tun Razak (KTTR), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Peralatan
1. Hak milik persendirian atlet.

Ulasan Ringkas
1. Program tenis Pelapis negeri Pulau Pinang baru bermula pada bulan Julai 2014 dengan permulaan 2 orang Jurulatih sepenuh masa iaitu En. Francis Suk Kok Eng dan En. Pang Ti Hin.
2. En. Francis Su telah memberi sedikit penerangan ringkas berkaitan perkembangan sukan tenis di negeri Pulau Pinang.
3. Sesi latihan ini diadakan di Gelanggang Tenis RECSAM Pulau Pinang berikutan di Gelanggang Tenis JBS Batu Uban digunakan oleh atlet OKU. Latihan pada hari lain adalah di Gelanggang JBS Batu Uban.
4. Kehadiran atlet dan penyertaan atlet di pertandingan tenis turut bergantung kepada jadual persekolahan dan peperiksaan sekolah atlet terbabit.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved