Monday, August 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS MSN KE PLN SUKAN MEMANAH

Tarikh : 16 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat :  Padang Memanah Jabatan Belia & Sukan Batu Uban

Kehadiran
1. En. Giam Fook Pang – Pengurus Sukan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN)
2. En. Hamidi Bin Lokman – Pemangku Ketua Unit USPTNPP
3. En. Mohamad Suhairi Bin Othman – PPN
4. En. Kan Kar Inn - JSM
5. 6 orang Atlet Pelapis

Latihan
1. Short distance training
2. Basic Shooting
3. Aiming, focus and target shooting

Ujian
1. Monthly scoring dijalankan dari semasa ke semasa bagi menilai prestasi semas atlet terutamanya apabila mendekati hari kejohanan.

Pertandingan
1. Kejohanan Memanah Terbuka PKS UNISZA 2014 pada 27 hingga 31 Ogos 2014 di UNISZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
2. Pada bulan September bakal berlangsung Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2014 di UUM, Sintok, Kedah.

Peralatan
1. Memerlukan target butt dan target face untuk latihan dan ujian monthly scoring.

Program Binaan
1. Masih dalam peringkat perbincangan dan perancangan untuk mengadakan kem latihan bersama Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri pada musim cuti semester di Politeknik Seberang Perai.

Ulasan Ringkas
1. Pemantauan kali ini turut dihadiri oleh En. Giam Fook Pang iaitu Pengurus Sukan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) dan En. Hamidi Bin Lokman selaku Pemangku Ketua Unit USPTNPP.
2. PPN memaklumkan dam memperkenalkan JSM lantikan baru bagi bulan Julai iaitu En. Kan Kar Inn kepada Encik Giam. Perlantikan JSM baru ini bagi menggantikan kekosongan JSM Zulfadhli Bin Ruslan yang meletakkan jawatan pada bulan Jun lalu.
3. Keadaan padang latihan ini agak kurang selesa untuk latihan sekiranya cuaca hujan disebabkan air yang bertakung. En. Giam telah ambil maklum mengenai situasi ini.
4. Pada hari Selasa minggu depan iaitu 19 Ogos 2014, Pengurus Komplek JBS Batu Uban, akan mengadakan perbincangan berkaitan PLN Memanah ini. JBS mempunyai perancangan menaik taraf kemudahan di Komplek JBS dan akan memaklumkan berkaitan status PLN Memanah di JBS.
5. Atlet-atlet menjalani latihan seperti biasa di bawah kendalian JSM yang baru.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved