Monday, August 25, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN 5TH TM (WTF)-NSC-MILO NATIONAL REMAJA TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2014

Kejohanan National Remaja Taekwondo Championships kali 5/2014 akan membuka gelanggang secara rasmi bermula pada 23 Ogos 2014 dan berakhir 24 Ogos 2014. Seperti kebiasaan, sebelum kejohanan bermula, mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan bagi tujuan mendapat pengesahan penyertaan atlet. Pada sebelah petang pula telah berlangsungnya timbang berat pada semua atlet bertanding "Trial Weight In" bermula 12.00 tengahari hingga 2.00 petang manakala "Official Weight In" pada 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang - 5.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Master Dhanaraj Rassiah dari Persatuan Taekwondo Malaysia. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 35 pasukan dari negeri dan kelab berdaftar telah mengambil bahagian yang melibatkan penyertaan sebanyak 515 atlet. Kejohanan ini melibatkan acara bagi kategori 9 - 11 tahun (Lelaki & wanita), kategori 12 - 14 tahun (lelaki & Wanita) dan kategori 15 - 17 tahun (lelaki & wanita). Pasukan Pelapis Pulau Pinang menghantar atlet seramai 11 orang dengan 2 jurulatih dan seorang pegawai pemantau.

Antara perkara berbangkit yang dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung adalah berkaitan sistem point tersingkir dimana sebelum ini 4 point tetapi untuk kali ini dinaikkan 1 point iaitu 5 point. Untuk kejohanan kali ini, sebanyak 4 gelanggang akan dibuka untuk semua kategori yang dipertandingkan dengan menggunakan sistem ESS (elektronik scoring system). Acara pertama dijangka bermula pada jam 9.00 pagi dengan semua gelanggang digunakan.

Mesyuarat Pengurus Pasukan selesai pada 5.15 petang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Dari Cheras

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved