Wednesday, August 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 18 Ogos 2014 (Isnin)
Masa : 4.30 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih - En. Ahmad Rahimi dan En. Baharuddin 
2. Atlet - 35 Atlet

LATIHAN
1. Rejaman dari luar gelanggang target gelanggang lawan.
2. Games

UJIAN
1. Memaklumkan kepada JSM ujian kecergasan akan dijalankan pada 23 September 2014 di SMK Mutiara Impian yang akan dijalankan oleh pihak ISN.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 pada 11 - 14 September 2014 di Johor Bharu.

KECEDERAAN
- Tiada –

PERALATAN
1. Terdapat banyak bola yang pecah dan jaring koyak memohon untuk mendapatkan bola takraw, jaring, tali skipping dan pemberat kaki.

PROGRAM BINAAN
JSM akan memaklumkan kepada PPN untuk membuat attachment dengan PLN Perak iaitu di Selama Perak. Cadangan tarikh adalah pada awal bulan September 2104 (masih dalam perbincangan dengan pihak USPTN Perak)

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan
3. Jurulatih memaklumkan  terdapat beberapa atlet yang akan menduduki peperiksaan SPM akan tetapi atlet-atlet terbabit tetap menjalani latihan setelah selesai kelas tambahan.
4. Jurulatih juga menegur dan menunjukkan teknik yang betul kepada atlet semasa latihan.
5. setelah selesai menjalani latihan jurulatih membuat sedikit teguran berkaitan dengan latihan yang dibuat dan atlet dapat memahami dan menerima teguran tersebut.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved