Monday, August 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN 6TH KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Tarikh : 15 hingga 17 Ogos 2014
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pantai Batu Laut, Kuala Langat Selangor

Bertempat di Pantai Batu Laut telah diadakan Kejohanan KFC Selangor Open Reggata 2014, Kejohanan yang melibatkan 12 negeri ini telah berlangsung selama 3 hari berakhir pada hari Ahad yang lepas. Untuk kejohanan kali ini, Pulau Pinang hanya menyertai acara Optimist sahaja, dimana melibatkan 10 orang atlet Pelapis.

Untuk keseluruhan kejohanan kali ini, hanya 4 perlumbaan dapat dijalankan dimana hari pertama kejohanan hanya berlangsung satu perlumbaan berikutan keadaan tiupan angin yang perlahan. Hari kedua kejohanan, tiada perlumbaan dapat dijalankan berikutan keadaan hujan lebat pada sebelah pagi dan sebelah petang pula, keadaan angin yang perlahan menyebabkan tiada perlumbaan dijalankan.

Hari terakhir perlumbaan, keadaan cuaca amat baik dimana sebanyak 4 perlumbaan dapat dijalankan.Perlumbaan tamat pada jam 3 petang. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Selangor iaitu YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi. Majlis bersurai kira-kira jam 6.30 petang.

Berikut keputusan keseluruhan pencapaian atlet Pulau Pinang

Overall Optimist
1. Israr Hazim Bin Ismail - ke 5
2. Nurul Syazwanie Bt Md Saad - ke 37
3. Mohd Fakhrul Bin Mazlan - ke 67
4. Chin Wai Kit - ke 74
5. Muhd Nasri Bin Rahim - ke 76
6. Muhd Zarif Humaidi Bin Ahmad Zaini - ke 83
7. Muhammad Alif Haikal - ke 86
8. Nur Nazurah bt Nazeri - ke 92
9. Sofea Alisha Bt Yusuff - ke 98
10. Nurul Farah Izzati Bt Yusoff - ke 102

ULASAN RINGKAS

Secara keseluruhan, pencapaian kurang memuaskan. Ini berikutan sesi latihan yang kurang konsisten ketika bulan ramadhan. Secara keseluruhan, masih banyak yang perlu diperbaiki khusus dari segi persediaan atlet sebelum,semasa dan selepas kejohanan. Di harap pada kejohanan seterusnya atlet dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang tertinggi.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh 
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved