Thursday, October 17, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN PUTRAJAYA 2013

Tarikh : 17 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah dapat diadakan pada hari ini dimana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Halimon Bin Sood selaku Setiausaha pertandingan. Turut hadir Ahmad Janius Abdullah Pengarah Pertandingan. Pada kejohanan kali ini sebanyak 17 negeri/kelab telah melapor diri dan mengesahkan penyertaan. Antara negeri dan pasukan yang bertanding adalah Johor, Kedah, Kelantan, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Pelapis Serantau, Terengganu, Pulau Pinang dan TLDM. Keseluruhan penyertaan atlet adalah seramai 231 atlet dimana 170 atlet lelaki dan 61 atlet wanita.

Kejohanan ini adalah medan untuk membina jambatan perhubungan muhibbah serta setia kawan dalam kalangan negeri-negeri yang mengambil bahagian melalui suasana pertandingan dan persaingan dalam kejohanan. Di samping itu juga, kejohanan ini dapat menguji prestasi atlet serta menilai keberkesanan latihan yang dirancang oleh setiap jurulatih.

Berikut dilampirkan jadual kejohanan pertandingan :-

18 Oktober 2013 (Jumaat)

Bawah U16 tahun
Kat 50 kg (L) - 9.00 am
Kat 56 kg (L) - 11.00 am
Kat 44 kg, 48 kg, 53 kg (W) - 3.00 pm
Kat 58 kg, 63 kg, 69 kg, +69 kg (W) - 5.00 pm
Kat 62 kg (L) - 7.00 pm
Kat 69 kg, 77 kg (L) - 9.00 pm

19 Oktober 2013 (Sabtu)

Bawah U16 tahun
Kat 85 kg, 94 kg, +94 kg (L) - 9.00 am

Bawah U13 tahun
Kat 45 kg A (L) - 11.00 am
Kat 45 kg B (L) - 1.00 pm
Kat 50 kg (L) - 3.00 pm
Kat 56 kg (L) - 5.00 pm
Kat +56 kg (L) - 7.00 pm
Kat 40 kg, 45 kg, 48 kg, +48 kg (W) - 9.00 pm

20 Oktober 2013 (Ahad)

Bawah U20 tahun

Kat 56 kg, 62 kg (L) - 9.00 am
Kat 69 kg, 77 kg (L) - 11.00 am
Kat 85 kg, 94 kg, 105 kg, +105 kg (L) - 1.00 pm
Kat 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg, 75 kg, +75 kg (W) - 3.00 pm

Bagi penyertaan skuad Pulau Pinang hanya menghantar atlet bagi kategori bawah 16 dan 12 tahun sahaja. Seramai 8 orang atlet sahaja yang terlibat.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved