Saturday, October 12, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN 2013 & SPORTEXCEL-NSC-MILO-NSAM 5TH MALAYSIAN JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013

Tarikh : 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.


Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 telah memasuki hari kedua kejohanan. Untuk hari kedua kejohanan, sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu acara 10M Air Pistol-Wanita, 25M Centre Fire Pistol-Lelaki, 50M Rifle Prone-Lelaki dan 50M Rifle Prone-Wanita.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian tiga acara daripada empat acara yang dipertandingkan iaitu acara 10M Air Pistol - Wanita, 50M Rifle Prone - Lelaki dan 50M Rifle Prone - Wanita. Pertandingan bermula tepat jam 9.00 pagi bagi acara 10M Air Pistol - Wanita dan acara 50M Rifle Prone - Lelaki. Bagi acara 50M Rifle Prone - Wanita, pertandingan bermula jam 11.00 pagi.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara 10M Air Pistol-Wanita, 50M Rifle Prone-Lelaki dan 50M Rifle Prone-Wanita yang telah dipertandingkan pada hari kedua kejohanan :-

Kejohanan Menembak Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013

Acara : 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
Emas : Siau Cuili (Perak) - 374 - 9 x Mata
Perak : Najihah Abdul Halim (Perak) - 367 - 5 x Mata
Gangsa : Nur Zunaira Zakaria (Selangor) - 363 - 6 x Mata

Acara : 10M Air Pistol - Wanita (Berpasukan)
Emas : Perak (1097 - 18 x Mata)
Perak : Selangor (1079 - 16 x Mata)
Gangsa : Pahang (1066 - 15 x Mata)

Acara : 50M Rifle Prone - Lelaki (Individu)
Emas : Muhammad Nabil Mashudi (Terengganu) - 588 - 24 x Mata
Perak : Mohamad Lutfi Othman (N.Sembilan) 583 - 26 x Mata
Gangsa : Nur Muhammad Izham M.Azwi (Terengganu) - 583 - 24 x Mata

Acara : 50M Rifle Prone - Lelaki (Berpasukan)
Emas : Pahang (1713 - 47 x Mata)
Perak : Perak (1710 - 41 -x Mata)
Gangsa : Negeri Sembilan (1692 - 59 x Mata)

Acara : 50M Rifle Prone - Wanita (Individu)
Emas : Nur Syahirah Zulkifli (Selangor) - 580 - 33 x Mata
Perak : Nur Fadhilah Ahmad Kamal (Pahang) - 579 - 16 x Mata
Gangsa : Juain Izni Zamil (Selangor) - 578 - 22 x Mata 

Acara : 50M Rifle Prone - Wanita (Berpasukan)
Emas : Pahang (1727 - 62 x Mata)
Perak : Selangor (1715 - 69 x Mata)
Gangsa : Perak 1681 - 39 x Mata)

Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 (Final)

Acara : 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
Emas : Siti Nur Masitah Mohd. Badrin (ATM) - 196. 7 Mata (NFR)
Perak : Joseline Cheah Lee Yean (ATM) - 196.1 Mata
Gangsa : Norerffani Abdul Malick (Pahang) - 173.7 Mata

Acara : 50M Rifle Prone - Lelaki (Individu)
Emas : Nur Muhammad Izham M.Azwi (Terengganu) - 206.6 Mata (NFR)
Perak : Mohd. Shahril Sahak (Johor) - 205.3 Mata
Gangsa : Muhammad Ezuan Nasir Khan (ATM) - 184.7 Mata

Acara : 50M Rifle Prone - Wanita (Individu)
Emas : Nur Suryani Mohd. Taibi (ATM) - 595 - 40 x Mata
Perak : Muslifah Zulkifli (ATM) - 595 - 30 x Mata
Gangsa : Nur Ayuni Farhana Abd. Halim (Pahang) - 593 - 27 x Mata
Berikut juga disertakan laporan prestasi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang pada hari kedua kejohanan :-

Acara : 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
1. Irvy Teh Ai Xia - 316 - 1 x Mata (Tempat ke - 22 / 25)
2. Elleen Lim Yi Ling - 323 - 2 x Mata (Guest)
3. Cheng Xin Ying - 294 - 5 x Mata (Guest)

Acara : 50M Rifle Prone - Lelaki (Individu)
1. Mohd. Ashraf Mohd. Izham - 575 - 22 x Mata (Tempat ke - 9 / 21)
2. Mohd. Ammar Mohd. Izham - 566 - 8 x Mata (Tempat ke 13 / 21)

Acara : 50M Rifle Prone - Wanita (Individu)
1. Nur Dayana Hijrah Danial Ng - 568 - 22 x Mata (Tempat ke - 9 / 23)
2. Gladys Fong Yee Yng - 562 - 16 x Mata (Tempat ke - 11 / 23)
Bagi hari ketiga kejohanan sebanyak 3 acara yang akan dipertandingkan iaitu acara 10M Air Pistol - Lelaki, 25M Standard Pistol - Lelaki dan 50M Rifle 3 Position - Lelaki.

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved