Saturday, October 5, 2013

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO - 5RD LEG

Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Ampang Superbowl Bukit Mertajam.
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kejohanan Piala Remaja Milo - 5rd Leg telah memasuki peringkat kelima dimana penyertaan kali ini hanya terdiri daripada 4 negeri sahaja iaitu Perlis,Kedah,Perak dan tuan rumah Pulau Pinang. Sekali lagi pihak Persatuan dengan kerjasama USPTN dan MSNPP berjaya menjalankan kejohanan ini walaupun penyertaan berkurangan disebabkan musim peperiksaan PMR dan SPM yang akan menjelang pada bulan November.

Kejohanan ini masih mempertandingkan 4 kategori iaitu Boys Open, Girls Open, Bawah 12 dan 16 tahun. Berikut jumlah penyertaan atlet mengikut kategori.

Bawah 12 Tahun - 34 orang
Bawah 16 Tahun - 21 orang
Boys Open - 10 orang
Girls Open - 8 orang

Berikut keputusan rasmi bagi setiap kategori yang dipertandingkan :-

Bawah 12 Tahun
1. Johan - Muhammad Hariz adlan Bin Azman (PEN) - 1101/avg 183.50
2. Naib Johan - Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin (PEN) - 1046/174.33
3. Ketiga - Muhammad Akmal Bin Mohd Shabri (KED) - 1006/167.67
4. Keempat - Anis Hadirah Binti Anuar (PEN) - 976/162.67
5. Kelima - Mohamad Akmal Haikal (PRK) - 963/160.50

Girls Open
1. Johan - Nur'ain Mustaffa (NS) - 1639/avg204.88
2. Naib Johan - Nur Amirah Auni Binti Azman (PEN) - 1573/avg196.63
3. Ketiga - Anis Shazlin (PEN) - 1440/avg 180.00
4. Keempat - Nur Fadhlin Arisya (PRK) - 1274/avg 159.25
5. Kelima - Nur Afina Nabilah Binti Azhar (KED) - 1281/avg 160.13

Bawah 16 Tahun
1. Johan - Siti Nurmizana Binti Mohd Fishol (KED) - 1489/avg 182.38
2. Naib Johan - Yair Azraei Bin Ferooz Feizal (PEN) - 1483/185.38
3. Ketiga - Muhd Haziq Bin Mohd Ridzuan (KED) - 1453/avg 181.63
4. Keempat - Muhd Shafiy Zaim (PER) - 1427/avg 174.63
5. Kelima - Kelvin Tan Chun Shin (PEN) - 1413/avg 176.63

Boys Open
1. Johan - Mohd Amirul Bin Che Mat (KED) - 1669/avg 208.63
2. Naib Johan - Ahmad Zulkarnain Ahmad Mazlan (KED) - 1587/avg 198.38
3. Ketiga - Mohd Farhan Azri (PRK) - 1557/avg 194.63
4. Keempat - Mohd Danial Azhar (PEN) - 1529/avg 191.13
5. Kelima - Wan Zuhairi Izlan (PER) - 1510/avg 188.75

Untuk makluman sirkit terakhir iaitu GP Final akan berlangsung pada 28 Disember 2013 di Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved