Friday, October 25, 2013

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN MENEMABK AIR GUN PIALA KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA

Tarikh : 23 Oktober 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Lapang sasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2013 dan kejohanan ini merupakan kejohanan pertama kali yang dianjurkan di Lapang sasar Menembak Gym 3, Majlis Sukan Negara selepas Majlis Sukan Negara (MSN) secara rasminya menerima kunci Lapangsasar Menembak Gym 3, Majlis Sukan Negara pada 2 Oktober yang lalu daripada kontraktor projek Syarikat Ruffntuff Sdn.Bhd dan projek ini bernilai RM 8.8 juta.

Lapang Sasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara juga telah mendapat pengiktirafan dan mengikut spesifikasi International Sports Shooting Federation (ISSF) yang membenarkan penganjuran kejohanan diadakan di sini. Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara akan dimasukkan ke dalam kalendar rasmi sebagai kejohanan dwi tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun.

Lapang Sasar menembak tersebut dilengkapi dengan tiga kelas jarak sasaran iaitu 10 meter, 25 meter dan 50 meter serta mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti ruang pejabat, bilik mesyuarat, bilik kebal untuk penyimpanan senjata dan bilik persalinan atlet. Lapang Sasar menembak ini akan dijadikan sebagai pusat latihan utama para atlet negara yang sebelum ini berlatih di Lapang Sasar Subang, Selangor.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu acara 10M Air Rifle Lelaki, 10M Air Rifle Wanita, 10M Air Pistol Lelaki dan 10M Air Pistol Wanita. Sebanyak 13 negeri atau pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu ATM, PDRM, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Terengganu. Jumlah peserta yang menyertai kejohanan ini sebanyak 90 orang, 43 lelaki dan 47 wanita.

Majlis Perasmian Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg Dato’ Seri Zolkples Embong. Majlis Perasmian telah diadakan pada 23 Oktober 2013 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Selepas YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong selesai memberi ucapan perasmian, satu gimik perasmian telah dilancarkan oleh beliau sempena kejohanan yang diadakan itu.

Diucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia kerana telah memiliki satu lagi kemudahan pusat latihan yang baru iaitu Lapangsasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara dan dengan terbinanya lapang sasar menembak di Bukit Jalil akan lebih memudahkan para atlet sukan menembak untuk menjalani latihan menembak disana. Sekian sahaja laporan Majlis Perasmian Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

1 comments:

Anonymous,  May 11, 2014 at 8:43 PM  

MENEMBAK adalah ejaan yang betul

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved