Saturday, October 5, 2013

LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA KEBANGSAAN 2013

Tarikh : 1 hingga 4 Oktober 2013.
Tempat : Dewan SUK Shah Alam, Selangor.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 1 Oktober 2013 dan berakhir pada 4 Oktober 2013 bertempat di Dewan SUK Shah Alam Selangor.

Sebanyak 13 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan kali ini telah menggunakan kiraan mata 15 (best of 5).

Bagi Pasukan Pulau Pinang Regu Double hanya berjaya pada peringkat suku akhir tewas kepada regu SSTMI. Bagi regu bawah 21 tahun pula mendapat pingat gangsa bersama selepas tewas kepada regu SSTMI pada peringkat separuh akhir. Regu bawah 18 tahun berjaya ke peringkat akhir dan berjaya memenangi pingat emas dengan mengalahkan regu SSTMI.

Untuk makluman tuan, terdapat seorang pemain daripada Regu U21 mengalami kecederaan dibahagian lutut. Oleh yang demikian Pihak USPTN Pulau Pinang mencadangkan supaya pemain tersebut membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut di ISN Pulau Pinang.

Dari pemerhatian yang dibuat dari kejohanan ini para pemain Pulau Pinang menunjukkan semangat juang yang tinggi dimana kebanyakkan pemain ini dibawah 18 tahun dari Sekolah. Menengah Kebangsaan Mutiara Impian dan terdapat juga pemain yang kurang sihat akan tetapi tetap bermain dengan bersemangat. Jurulatih juga menunjukkan kerjasama yang baik dan memberi arahan dan membuat teguran kepada pemain semasa perlawanan berlangsung.

Tahniah kepada pemain-pemain yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya tingkatkan usaha untuk kejohanan yang akan datang serta kepada jurulatih- yang tidak jemu melatih pemain-pemain sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.

Sekian.

Laporan Disedikan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved