Friday, October 11, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN 2013 & SPORTEXCEL-NSC-MILO-NSAM 5TH MALAYSIAN JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013

Tarikh : 10 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 telah membuka tirainya pada 10 Oktober 2013. Kejohanan ini akan berlangsung selama empat hari mulai 10 Oktober 2013 sehingga 13 Oktober 2013. Penyertaan dari pasukan Negeri Pulau Pinang pada kali ini melibatkan seramai 11 orang atlet iaitu 4 orang atlet lelaki dan 7 orang atlet wanita.

Untuk hari pertama kejohanan, sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu 10M Air Rifle -Lelaki, 25M Rafle Fire Pistol-Lelaki dan 50M Rifle 3 Positions-Wanita. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi. Pasukan Negeri Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dua acara pertandingan iaitu 10M Air Rifle-Lelaki dan 50M Rifle 3 Positions-Wanita.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara 10M Air Rifle-Lelaki dan 50M Rifle 3 Positions-Wanita yang dipertandingkan pada hari pertama pertandingan :-

Kejohanan Menembak Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013

Acara : 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
Emas : Razi Aizat Adzha (Perak) - 577 - 36 x Mata
Perak : Muhammad Nabil Mashudi (Terengganu) - 576 - 29 x Mata
Gangsa : Nik Muhammad A'imullah Supardi (Johor) - 575 - 29 x Mata

Acara : 10M Air Rifle - Lelaki (Berpasukan)
Emas : Terengganu (1717 -83 x Mata)
Perak : Perak (1704 -80 x Mata)
Gangsa : Pahang (1694 -68 x Mata)

Acara : 50M Rifle 3 Positions - Wanita (Individu)
Emas : Nur Syahirah Zulkifli (Selangor) - 566 -13 x Mata
Perak : Aina Zahiran (Pahang) - 557 -13 x Mata
Gangsa : Aida Natasya Md. Rasip (Melaka) - 552 -17 x Mata

Acara : 50M Rifle 3 Positions - Wanita (Berpasukan)
Emas : Pahang (1650 -39 x Mata)
Perak : Selangor (1622 -33 x Mata)
Gangsa : Perak ( 1571 -21 x Mata)

Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 (Final)

Acara : 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
Emas : Muhammad Ezuan Nasir Khan (ATM) - 202.3 Mata
Perak : Mohd Shahril Sahak (Johor) - 199.6 Mata
Gangsa : Razi Aizat Adzha (Perak) - 181.0 Mata

Acara : 50M Rifle 3 Positions - Wanita (Individu)
Emas : Nur Ayuni Farhana Abd. Halim (Pahang) - 453.4 Mata (NFR)
Perak : Nur Suryani Mohd. Taibi (ATM) - 448.2 Mata
Gangsa : Aida Natasya Md. Rasip (Melaka) - 427.8 Mata

Berikut juga disertakan laporan prestasi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kejohanan Menembak Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013

Acara : 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
1. Mohd Ashraf Izham - 573-26 x Mata (Tempat ke - 8/25)
2. Mohd Ammar Izham - 561-20 x Mata (Tempat ke - 13/25)
3. Leong Z-Shen - 540-12 Mata (Tempat ke - 20/25)

Acara : 10M Air Rifle - Lelaki (Berpasukan)
- Tempat ke - 4/6

Acara : 50M Rifle 3 Positions - Wanita (Individu)
1. Gladys Fong Yee Yng - 538 -11 x Mata (Tempat ke - 8/18)

Pada hari kedua kejohanan, acara yang akan dipertandingkan ialah Acara 10M Air Pistol - Wanita, 50M Rifle Prone - Lelaki dan 50M Rifle Prone - Wanita. 

Sekian sahaja laporan pada hari pertama Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved