Sunday, October 13, 2013

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MENEMBAK KEBANGSAAN 2013 & SPORTEXCEL-NSC-MILO-NSAM 5TH MALAYSIAN JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013

Tarikh   : 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa    : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 telah memasuki hari ketiga kejohanan. Acara yang dipertandingkan pada hari ketiga kejohanan ialah acara 10M Air Pistol - Lelaki, 25M Standard Pistol - Lelaki dan 50M Rifle 3 Position - Lelaki.

Pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dua acara daripada tiga acara yang dipertandingkan iaitu acara 10M Air Pistol - Lelaki dan  50M Rifle 3 Position - Lelaki. Pertandingan bermula tepat jam 9.00 pagi.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara 10M Air Pistol - Lelaki dan 50M Rifle 3 Position - Lelaki yang telah dipertandingkan pada hari ketiga kejohanan :-

Kejohanan Menembak Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013

Acara : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
Emas : Choo Wen Yan (Johor) - 569 - 16 x Mata
Perak : Eddy Chew (Johor) - 569 - 14 x Mata
Gangsa : Johnathan Wong Guanjie (Melaka) - 565 - 13 x Mata

Acara  : 10M Air Pistol - Lelaki (Berpasukan)
Emas : Perak (1652 - 33 x Mata)
Perak : Pahang (1643 - 23 x Mata)
Gangsa : Selangor (1633 - 26 x Mata)

Acara : 50M Rifle 3 Position - Lelaki (Individu)
Emas : Nur Muhammad Izham M.Azwi (Terengganu) - 1147 - 33 x Mata
Perak : Nik Muhammad A'imullah Supardi (Johor) - 1146 - 51 x Mata
Gangsa : Mohd Nurrahimin Abdul Halim (Pahang) - 1145 - 29 x Mata

Acara : 50M Rifle 3 Position - Lelaki (Berpasukan)
Emas : Pahang (3341 - 84 x Mata)

Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 (Final)

Acara : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
Emas : Johnathan Wong Guanjie (Melaka) - 197.7 Mata
Perak : Tan Tong Tat (Selangor) - 185.7 Mata
Gangsa : Eddy Chew (Johor) - 176.0 Mata

Acara : 50M Rifle 3 Position - Lelaki (Individu)
Emas : Mohd Hadafi Jaafar (PDRM) - 442.5 Mata
Perak : Muhammad Zubair Muhamad (K.Lumpur) - 442.0 Mata
Gangsa : Mohd Nurrahimin Abdul Halim (Pahang) - 432.3 Mata

Berikut juga disertakan laporan prestasi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang pada hari ketiga kejohanan :-

Acara : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
1. Lee Her Jun Jonathan (Guest) - 481 - 2 x Mata

Acara : 50M Rifle 3 Position - Lelaki (Individu)
1. Mohd Ashraf Izham - 1121 - 29 x Mata (Tempat ke - 8 / 15)
2. Mohd Ammar Izham - 1057 - 14 x Mata (Tempat ke - 15 / 15)


Pada hari keempat kejohanan iaitu hari terakhir kejohanan, acara yang dipertandingkan ialah Acara 10M Air Rifle - Wanita, 50M Pistol - Lelaki dan 25M Pistol - Wanita.

Sekian sahaja laporan hari ketiga Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved