Saturday, September 17, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 13 September 2011 (Selasa)
Masa : 7.30 malam hingga 8.50 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.
Kehadiran : Atlet Pelapis Negeri 6 dari 7 orang dan JSM Albert Yeoh Seng Poh.

Laporan ringkas :

Selaku PPN USPTN telah memantau latihan Atlet Pelapis Negeri dan mendapati kehadiran atlet amat memuaskan. Hanya seorang sahaja yang tidak hadir pada hari tersebut kerana persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM sepertimana yang dimaklumkan oleh JSM Albert Yeoh.
Perbincangan bersama Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang yang dikelolakan oleh Penyelaras Sukan MSN :
Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan : En. Albert Yeoh Seng Poh dan juga merupakan JSM Program Pelapis Negeri.

Perkara yang dibincangkan dan status kepada perbincangan.
1. Penyelaras meminta surat Persetujuan Pihak Persatuan bagi Perlantikan Pengurus Pasukan dan Jurulatih Sambilan untuk Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang telah di maklumkan pada 10 September 2011 melalui telefon.
Status : Telah menerima surat tersebut pada hari perbincangan dan tindakan susulan dari Penyelaras akan menyerahkan kepada Pegawai Belia dan Sukan MSN.
2. Perbincangan tentang Jadual Latihan Jurulatih Sambilan bagi Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Status : Telah menerima Jadual Latihan Jurulatih Sambilan yang di tetapkan dan di persetujui oleh pihak persatuan pada hari Isnin dan Jumaat dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam dan hari Sabtu dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Perbincangan berjalan dengan lancar dan meneruskan pemantau keatas latihan atlet.
Di akhir pemantauan telah mengadakan perjumpaan bersama Atlet dan Jurulatih. Selaku PPN Program Pelapis Negeri dan Penyelaras Sukan MSN telah memaklumkan kepada atlet tindak akan diambil keatas atlet yang berada di dalam Program Pelapis Negeri mahupun Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang jika didapati tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak Persatuan dan Majlis Sukan Negeri.

Telah memaklumkan kepada atlet yang berada di dalam Program Pelapis Negeri sepanjang enam bulan pertama dan mendapati mereka tidak menyertai mana-mana kejohanan di Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan akan diberikan nasihat secara lisan oleh Jurulatih dan PPN. Sekiranya perkara yang sama berulang pada enam bulan kedua (jika kejohanan terdapat sepanjang enam bulan pertama dan kedua ) tanpa alasan yang munasabah akan digugurkan dari Program Pelapis Negeri.

Syarat-syarat ini juga akan dicadangkan kepada Pihak Persatuan Negeri untuk diguna pakai semasa pemilihan "National Youth Development Program " yang di jalankan setiap tahun oleh Pihak Persatuan Kebangasaan dengan kerjasama Pihak Persatuan Negeri dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri.

Telah menyampaikan kepada atlet, amanat dari Pengarah Bahagian Atlet (En. Ahmad Sapawi) semasa kehadiran beliau semasa Majlis Berbuka Puasa Akedemi Serantau Zon Utara Bersama Majlis Sukan Negara pada 22hb Ogos 2011 yang lalu tentang kemana arah tuju Atlet Program Pelapis Negeri dan seterusnya.

Memaklumkan kepada atlet bahawasanya Program Pelapis Negeri bukannya seperti Program Sukan Teras seperti mula-mula diperkenalkan dahulu. Bagi atlet yang telah diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri mestilah telah bersedia untuk menyertai Kejohanan di Peringkat Negeri mahu pun di Peringkat Kebangsaan.

Di akhir perjumpaan telah memberikan kata-kata nasihat kepada atlet untuk meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh dan memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya semasa dalam latihan.

Kesempatan waktu juga di ambil untuk beramah mesra bersama keluaga atlet yang hadir sebelum berangkat pulang. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil
















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved