Tuesday, September 20, 2011

HARI PERTAMA KEJOHANANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2011

Kejohanan : Kejohanan Lawn Bowls Fours Kebangsaan Terbuka Perlis 2011
Tarikh : 18-23 September 2011
Venue : Gelanggang Boling Padang,Stadium Utama,Kompleks Sukan Negeri,Kangar,Perlis

Hari ini merupakan hari pertama pasukan menjejak kan kaki ke negeri Perlis bagi menyertai kejohanan seperti yang diarahkan didalam takwim pelapis negeri. Perjalanan mengambil masa selama 2jam setengah dan pergerakan bermula dari stesyen bas Butterworth pada jam 10 pagi dan tiba di Perlis jam 12.30 tengahari.Dimaklumkan,coster MSN akan tiba pada 19hb dan pasukan akan menggunakan coster sepanjang berada di sini.

Pasukan pelapis kali ini menyertai 2 kategori iaitu lelaki dan wanita. Pemain tersebut adalah :

Kategori Lelaki
1.Mohd Hafizuddin Bin Fared
2.Muhamad Nadzul BIn Abd Rahman
3.Mohd Faiz Fadhli Bin Mohd Affandy
4.Sharrvindran a/l Sanrasegeran

Kategori Wanita
1.Aini Amirah Azman
2.Nur Hanan Khalida Khairul Aman
3.Nur Izzati Zanzuri
4.Ummi Izzati Rosli

Pasukan menginap di Homestay 2 tingkat yang berhampiran dengan venue pertandingan. Keadaan homestay juga memuaskan dan selesa untuk didiami.Jam 5.20 petang,telah dijalankan mesyuarat pengurus pasukan yang telah dipengerusikan oleh Naib Presiden Persatuan iaitu En.Kamis Bin Harun serta taklimat tentang kejohanan ini telah disampaikan oleh En. Ramble Dallan Rice-Oxley,Setiausaha Persekutuan Lawn Bowls Malaysia.

Dimaklumkan,seramai 16 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita menyertai kejohanan kali ini iaitu dengan penyertaan 4 negeri (Perak,Perlis,P.Pinang dan Terengganu)dan 5 kelab (Perlis,PDRM,UniMAP,Warga Emas & OKU Kelantan).Jumlah keseluruhan pemain adalah 84 orang dengan pecahan 64 orang lelaki & 20 orang wanita.

Berikut adalah jumlah penyertaan mengikut negeri dan kelab.

Negeri
Perak : 3 pasukan lelaki
P.Pinang : 2 pasukan lelaki & 1 wanita
Terengganu : 3 pasukan lelaki & 1 wanita
Perlis : 1 pasukan lelaki & 1 wanita

Kelab/Luar
PDRM : 2 pasukan lelaki & 1 wanita
Perlis : 2 pasukan lelaki & 1 wanita
UniMAP : 1 pasukan lelakiW/Emas : 1 pasukan lelaki
OKU Kel. : 1 pasukan lelaki

Berikut diberikan kumpulan setiap pasukan iaitu :

Pasukan Lelaki
Kumpulan A
Perlis A
Perak B
OKU Kelantan
PDRM B

Kumpulan B
UniMAP
Perak A
Terengganu A
P.Pinang A

Kumpulan C
MSN Perlis
Warga EmasTerengganu C
P.Pinang B

Kumpulan D
Perlis D
Perak C
Terengganu B
PDRM A

Pasukan Wanita
Perlis
Terengganu
PDRM
MSN Perlis
P.Pinang*

Penetapan kumpulan adalah berdasarkan undian didalam mesyuarat pengurus pasukan.Pasukan lelaki akan bermain Round Robin dan pasukan wanita akan bermain Home In A Way (Menggunakan sistem point untuk yang terbanyak untuk tentukan juara & tiada final).Kejohanan ini akan dijalankan dengan 2 cara iaitu bermain selama 2 jam atau 15 end. Kejohanan akan bermula jam 9 pagi setiap hari kecuali pada 22hb akan bermula jam 8.30 pagi untuk semi final dan dijangka jam 10.30 pagi akan tamat acara final dan seterusnya penyampaian hadiah (bergantung kepada cuaca).

Dimaklumkan,pasukan telah memulakan latihan mendapatkan keserasian di padang pada jam 3.30 petang sehingga jam 7 petang. Diharap penyertaan kali ini dapat digunakan sebaikan nya oleh atlet2 dan dapat meningkatkan skill yang telah diajar oleh jurulatih semasa latihan.Sekian,dari saya di Kangar, Perlis. Jumpa esok untuk laporan seterusnya. TQ

Shasha Tarmuzi



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved