Tuesday, September 20, 2011

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN LAWN BOWLS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2011

Cabaran hari ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dan hanya pasukan wanita sahaja yang mengambil bahagian. Cuaca,hujan renyai2 tetapi acara tetap diteruskan. Tamat jam 11.00 pagi,semua pasukan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian dan jamuan makan tengahari di Dewan Warisan Negeri,Kangar Perlis. Perasmian ini dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis yang mewakili Menteri Besar Perlis,YB Abd Jamil Bin Saad dan diiringi oleh Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid.

Seterusnya, kejohanan disambung dan dimulakan pada jam 3.00 petang dan kedua2 pasukan lelaki dan wanita mengambil bahagian dan acara diteruskan pada jam 5.00 petang dan tamat pada jam 7.00 petang.

Berikut adalah keputusan bagi Negeri Pulau Pinang pada hari pertama kejohanan.

Pasukan Wanita
Pulau Pinang lwn MSN Perlis16 - 16
Pulau Pinang lwn PDRM6 - 27
Pulau Pinang lwn Perlis4 - 15

Pasukan Lelaki
Pulau Pinang lwn Terengganu 14 - 20
Pulau Pinang lwn Perak A 12 - 14

Keseluruhan permainan atlet wanita adalah memuaskan dan kemahiran serta tumpuan (fokus) harus ditingkatkan semasa pertandingan. Ini dapat dilihat semasa pertandingan diantara PDRM,pasukan wanita nampak gugup kerana bermain bersama pemain Malaysia,Siti Zalina Ahmad,Azlina Arshad dan Emma Firyana Saroji. Walaubagaimana pun,semangat bertanding yang ditunjukkan harus dipuji.

Bagi pasukan lelaki, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi yang ditonjolkan harus diberi bonus cuma pengalaman sahaja yang membezakan antara 2 pasukan. Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh pasukan lelaki kerana atlet2 ini merupakan senarai bagi penggal kedua (Julai - Disember). Pasukan lelaki sebentar tadi hanya kalah 2 mata dengan pasukan Perak yang menurunkan pemain Malaysia dan merupakan ranking ke-2 dunia Safwan Said,cuma nasib tidak menyelebihi pasukan walaupun pasukan mendahului pada awalnya.

Semoga pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh pada ke esokkan harinya. Dan diharapkan, pertandingan sebentar tadi sedikit sebanyak dapat dipelajari dan diperbaiki. Sekian dari saya di Kangar, Perlis.

Shasha Tarmuzi































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved