Tuesday, September 20, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011 - 3rd Day

Tarikh : 19hb September 2011 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.14 petang hingga 6.15 petang
Tempat : Dewan Terbuka Jabatan Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

Laporan ringkas :

Hari ini merupakan hari ketiga kejohanan dan sesampai tempat kejohanan mendapati beberapa atlet Pulau Pinang sedang menjalani latihan. Sebanyak 10 Bout di pertandingkan pada hari tersebut di atas dan hanya dua orang atlet Pulau Pinang yang bertanding iaitu :

1. Rafa'el Mika'el (PP - 60kg) vs Nazreen (Sarawak) - Keputusan PP menang
2. Jagadish (PP - 52kg) vs Muhammad Helmi (Negeri Sembilan) - Keputusan PP menang.


Sesampai di tempat pertandingan mendapati negeri Perak dan Johor sedang bertanding dan pertandingan tersebut merupakan Bout yang terakhir.
Hasil maklumbalas dari Jurulatih Sepenuh Masa MSN Pak Jhonny memaklumkan dua atlet Pulau Pinang telah berjaya ke Peringkat Akhir iaitu Rafa'el Mika'el (60Kg) dan Jagadish (52kg). Kedua-dua atlet ini merupakan Atlet Pelapis Negeri dan juga Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Pada 20hb September 2011 adalah merupakan pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan tiga atlet Pulau Pinang akan bertanding dan mereka adalah :

1. Mohd Amirul Ashraf (49kg) Atlet Pelapis Negeri.
2. Muhammad Adzha (56kg) Atlet Negeri dari Angkatan Tentera.
3. Mohd Sharul Nizam (75kg) Atlet Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA XV 2012


Semuga ketiga-tiga atlet Pulau Pinang ini berjaya ke peringkat seterusnya.
Pemantauan diteruskan kepada peserta-peserta yang mengambil Peperiksaan Hakim Tinju yang dianjurkan Persatuan Tinju Amatur Negeri Pulau Pinang. Mendapati 4 orang peserta wanita dari 29 orang peserta, hanya seorang sahaja kakitangan MSN Pulau Pinang yang mengambil peperiksaan tersebut diatas iaitu En. Ravichandran Ramasamy.

Di akhir pemantau berjumpa JSM Zainuddin (Pelapis Negeri) untuk membincangkan tindakan susulan kepada Program Sesi Taklimat dan TID yang telah di Jalankan di SMK Perai, Seberang Perai Utara yang lalu dan berjumpa dengan atlet-atlet Pulau Pinang dengan memberikan kata-kata semangat. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved