Saturday, September 17, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 13 September 2011 [Selasa]
Masa : 4.50 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar.
Kehadiran : 4 orang Atlet Pelapis Negeri dan 2 orang Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang

Kehadiran Jurulatih : JPM Razlan dan JSM Tony Tan

Laporan ringkas :

Pada 1hb September 2011 telah diberi tugasan sebagai Penyelaras Sukan MSN bagi Sukan Badminton selain dari Sukan Tenpin Boling. Tanggung jawab selaku Penyelaras Sukan MSN seperti mengurus, menyelaras dan mentadbir program Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang, Program Pembangunan Atlet dari akar umbi, Hal Ehwal Atlet (Negeri dan Elit) dan Jurulatih dibawah program Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Pada hari tersebut diatas telah menjalani dua tugasan, selaku PPN USPTN memantau latihan Atlet Pelapis Negeri dan selaku Penyelaras Sukan MSN memantau latihan Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, Jurulatih Luar Negara (JLN Deng Li) sedang dalam cuti sakit yang telah bermula pada 16 Ogos 2011 hingga 22 September 2011. Selaku Penyelaras telah meminta pihak persatuan menberikan Sijil Cuit Sakit dan perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak MSN.

Sepanjang ketiadaan Jurulatih Deng Li, latihan bagi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 dibantu dan dipantau oleh JPM Razlan JSM Tony.

Mendapati kehadiran atlet amat berkurangan kerana Peperiksaan UPSR sedang berlangsung dan penyediaan atlet yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Sebelum meninggalkan tempat latihan kesempatan waktu di ambil untuk berjumpa keluarga atlet.
Perbincangan bersama Setiausaha Kehormat Persatuan dan Penyelaras Kejurulatihan Persatuan yang di kelolakan oleh Penyelaras Sukan MSN :

Setiausaha Kehormat Persatuan : En. Tony Tan Gim Hin dan juga merupakan JSM bagi Program Pelapis Negeri.
Penyelaras Kejurulatihan Persatuan : En. Loh Eng Swee
Perkara yang dibincangkan dan status kepada perbincangan.

1. Perjumpaan Penyelaras Sukan MSN bersama Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 yang telah dibincangkan pada 26 Ogos 2012 seperti berikut :

Tarikh : 16 September 2011 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar.

Status : Telah dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat dan Penyelaras Kejurulatihan. Penyelaras Kejurulatihan telah pun memaklumkan kepada atlet-allet.

2. Penyelaras meminta surat Persetujuaan Pihak Persatuan bagi Perlantikan Pengurus Pasukan dan Jurulatih Sambilan untuk Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.
Status : Telah menerima surat tersebut dari pihak persatuan pada hari perbincangan dan tindakan susulan dari Penyelaras akan menyerahkan kepada Pegawai Belia dan Sukan MSN.

3. Penyelaras meminta Jadual Latihan Jurulatih Sepenuh Masa MSN dan perbincangan jadual latihan bagi Jurulatih Sambilan Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.
Status : Telah menerima Jadual Latihan Jurulatih Sepenuh Masa MSN dan bagi jadual latihan Jurulatih Sambilan Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang telah ditetapakan dan di persetujui oleh kedua-dua wakil persatuan iaitu hari Selasa hingga Jumaat, dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam dan bertempat di Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar.

4. Setiausaha Kehormat membuat Permohonan Bantuan Kewangan dari MSN untuk Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012 bagi menyertai latihan dan perlawanan persahabatan di Negeri Cina pada 30 Okt - 8 Dis. 2011.

Status : Surat Permohonan Bantuan Kewangan untuk program yang dimaklumkan oleh Setiusaha Kehormat telah diserahkan kepada Penyelaras pada hari perbincangan dan tindakan susulan dari Penyelaras akan membincangkan perkara tersebut bersama Pegawai Belia & Sukan dan Tuan Pengarah.

5. Setiausaha Kehormat mencadangkan Atlet Goh Jin Wei bawah 12 tahun untuk diserapkan kedalam Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Status : Selaku penyelaras memberi pandangan supaya tidak di dedahkan terlalu awal tetapi tiada masalah bagi beliau untuk berlatih bersama Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang. Penyelars meminta pihak persatuan memikirkan kembali dan berbincang dengan Jurulatih.

Perbincangan berjalan dengan lancar dan tamat pada 6.30 petang dan meneruskan perjalanan balik ke Pejabat USPTN. Tugasan seterusnya memantau Pusat Latihan Boling di Premium Lane, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

Sekina dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil
























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved