Wednesday, August 10, 2011

PENERANGAN PROGRAM & SESI DIALOG BERSAMA IBUBAPA PELAJAR

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 12.30 pm
Tempat : SMK Tasek, Seberang Perai Selatan

Bagi memastikan proses pencarian atlet-atlet muda & pelapis ini berjalan lancar, satu sesi dialog dan perjumpaan bersama pelajar & ibubapa telah diadakan di SMK Tasek baru-baru ini. Program ini adalah hasil inisiatif jurulatih olahraga ASZU, En. G.Saravanan & T.Krishnan yang sanggup turun kebawah untuk mencari atlet-atlet baru. Hadir sama pada sesi ini adalah PK Pentadbiran SMK Tasek, En. Hishamudin Abd. Rahim, PK Koko En. Asaithamby serta beberapa guru lain.

Dianggarkan lebih kurang 100 orang pelajar bersama waris hadir pada hari berkenaan. Penerangan tentang program pelapis disamping semangat yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih yang hadir di lihat dapat meyakinkan para waris untuk terus menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam bidang sukan ini. Beberapa orang atlet olahraga yang cemerlang di kejohanan MSS Negeri dari sekolah ini akan diberi perhatian oleh jurulatih bagi memastikan prestasi mereka terus meningkat untuk diserap ke program yang lebih tinggi.





















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved