Thursday, August 11, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET-ATLET TERJUN

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Rabu)
Tempat : Kompleks Silat, MSN Pulau Pinang
Masa Latihan : 7.00 pm - 10.00 pm
Masa Pemantauan : 8.40 pm - 9.30 pm

Latihan dijalankan seperti biasa dan tiada pertukaran masa latihan. Latihan diteruskan dengan kehadiran 5 atlet terjun. Hanya menjalani latihan basic seperti biasa iaitu, lompatan. Latihan asas lain juga dipraktikan seperti posisi straight, pike, tuck dan free.

Dimaklumkan, Cik Jeslina dari Unit Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) juga turut serta bersama-sama di sesi pemantauan ini. Ini kerana beliau mahu melihat sesi latihan terjun yang dijalankan oleh JLN, En. Xu Ji.

Pada hari Jumaat, Cik Jeslina akan mengadakan satu sesi bersama atlet terjun di Kelab Permata untuk latihan di kolam. Pihak saya tidak dapat turut serta kerana berada di Kuala Lumpur dan segala maklumat yang diperlukan telah dimaklumkan & diberikan kepada beliau.

Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved