Friday, August 5, 2011

LAWATAN & PERBINCANGAN BERSAMA POLITEKNIK SEBERANG PERAI




Tarikh : 05 Ogos 2011
Masa : 10.00 am


Satu lawatan & perbincangan bersama Unit Sukan Politeknik Seberang Perai telah diadakan pagi tadi bagi memastikan perjalanan program dalam keadaan baik.

Antara perkara yang dibincangkan bersama En. Majid adalah berkaitan sesi pengajian atlet, masalah disiplin, serta kemudahan-kemudahan yang akan digunakan. Alhamdulillah saya dimaklumkan tiada sebarang masalah yang ditimbulkan oleh atlet-atlet ASZU yang belajar & menjalani latihan di Politeknik ini.

Saya juga dimaklumkan pihak Politeknik dalam proses mendapatkan kelulusan untuk menjadikan salah satu gelanggang skuasy yang tidak digunakan sebagai 'gymnasium' utk atlet-atlet ASZU & pelajar yang lain. Pusat Latihan Angkat Berat juga akan berpindah ke sini setelah mendapat kelulusan kelak. Adalah menjadi harapan agar kerjasama seumpama ini akan terus berkekalan pada masa-masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved