Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA MSN-PELAPIS SERANTAU 2011

Tarikh : 22 Ogos 2011
Venue : Dewan Terbuka, Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang

Seperimana tahun-tahun terdahulu, Majlis Berbuka Puasa ini diteruskan lagi pada tahun 2011. Ianya bertujuan merapatkan lagi sillaturrahim di antara pegawai-pegawai MSN dengan jurulatih serta atlet-atlet di bawah program. Hadir sama memeriahkan Majlis ini En. Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN, En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Wakil MSNegeri, Jabatan Belia & Sukan Negeri, Wakil Persatuan Olahraga, Berbasikal, Memanah Negeri Pulau Pinang, Pusat Sukan Politeknik Seberang Perai, SMK Alma, Ketua Unit USPTN serta turut hadir atlet serta jurulatih dari Pusat Latihan Serantau (berbasikal) Ipoh, Perak.

Di akhir jamuan, perjumpaan ringkas oleh En. Jefri bersama semua atlet-atlet Pelapis Serantau diadakan. Kata-kata semangat, nasihat serta cadangan penambahbaikan untuk atlet-atlet di bawah program disuarakan ketika perjumpaan ini. Beberapa perkara yang perlu diambil tindakan diambil maklum untuk tindakan selanjutnya. Kepada semua yang hadir, terima kasih diucapkan. Semoga hubungan baik semua pihak seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi kemajuan sukan di Negeri & Negara.





















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved