Saturday, August 6, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH






Tarikh : 06hb Ogos 2011 (Sabtu)
Tempat : PLN Batu Uban, Pulau Pinang
Masa Latihan : 8.30 am - 12.30 pm
Masa Pemantauan : 11.30 am - 12.30 pm

Semasa pemantauan, seramai 13 atlet sedang menjalni latihan seperti biasa. Latihan terbahagi kepada 3 iaitu 3 atlet sedang shot untuk jarak 60m, 6 atlet sedang shot jarak 50m dan ada 4 atlet baru sedang shot 20m. Latihan bulan puasa dijalankan seperti biasa dan tiada perubahan. Dimaklumkan, pada setiap Sabtu, JPM Shamani akan membawa atlet berlatih di PLN Batu Uban bersama-sama dengan atlet JPM Jaffery.

Saya juga memaklumkan kepada Jurulatih tentang tarikh karnival (6 - 12 Disember 2011) yang telah diputuskan didalam mesyuarat Ketua Unit yang lepas dan mahu mereka pastikan atlet bersedia untuk ke Perlis nanti.

Saya mengambil kesempatan berjumpa dengan ibubapa atlet yang menemani anak-anak mereka disitu. Rata2 ibubapa memberikan komitmen yang baik dan sokongan daripada ibubapa amat diperlukan jika mahukan kejayaan atlet2 ini. Setakat ini, hubungan antara sdo dan ibubapa serta jurulatih amat baik dan jika ada masalah atau kemusykilan kami sama2 akan berbincang untuk memastikan kejayaan atlet memanah di Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved