Monday, August 8, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - MEGA LANES, MEGAMALL

Tarikh : 5hb Ogos 2011 [Jumaat]
Masa : 5.15 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang, Prai.
Program : Pembangunan/Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.
Kehadiran : 12 atlet dan dua JSM

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati JSM Nooriani sedang melatih atlet dibawah selian beliau yang hadir seramai 6 orang. Atlet-atlet yang dibawah selain beliau berumur bawah 12 tahun, kehadiran memuaskan.
Hanya 3 orang atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang hadir dan mendapati JLN tiada di tempat latihan. Bertanyakan kepada atlet yang hadir dan atlet memaklumkan JLN keluar sebentar.

Tindakan Penyelaras Sukan : Menghubungi beliau dan menasihatkan supaya beliau tidak meninggalkan latihan selagi masa latihan belum tamat.

Jadual Latihan Program Pembangunan/Pelapis Negeri sepanjang bulan Puasa :

JSM Pn. Nooriani - perubahan

Hari : Selasa dan Khamis
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Hari : Jumaat
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Jumlah atlet dibawah selian : 8 orang

JSM En. Mathihalagan - tiada perubahan

Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat
Masa : 6.30 petang hingga 8.30 petang
Jumlah atlet dibawah selian : 9 orang

Keputusan ini dibuat setelah mendapati kebanyakan atlet yang berugama Islam tidak dapat menghadirkan diri sepanjang bulan puasa dan persedian untuk peperiksaan PMR. Hanya empat orang atlet sahaja [yang bukan berugama Islam] yang boleh menghadiri latihan.

JLN Ms. Kim Eun Jun

Kumpulan Pertama :

Hari : Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang

Kumpulan Kedua :

Hari : Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Jumlah atlet yang berlatih di Pulau Pinang : 11 orang

Jumlah atlet didalam Latihan Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang : 16 orang
Waktu latihan sepanjang bulan puasa ini telah dibincangkan semasa perjumpaan bersama JLN pada 3hb Ogos 2011 di Pejabat USPTN.

Perjumpaan bersama JSM, Atlet dan Keluarga :

Bersama JSM Pn. Nooriani dan perkara yang dibincangkan :
1. Masa latihan sepanjang bulan puasa.
2. Kehadiran atlet sepanjang bulan puasa
3. Perjumpaan bersama atlet Akmal Haziq Bin Annas yang tidak hadir latihan tetapi
berada di Pusat Latihan.
4. Perjumpaan bersama atlet-atlet dan keluarga yang hadir atas displin semasa menjalani
latihan.
5. Diakhir perjumpaan menyerahkan cek elaun bagi bulan Mei dan Jun 2011.

Bersama JSM En. Mathihalagan dan perkara yang dibincangkan :

1. Masa latihan sepanjang bulan puasa tiada perubahan.
2. Kehadiran atlet pada bulan puasa amat berkurangan.
JSM Mathihalagan - mencadangkan agar tiada latihan dijalankan sepanjang bulan puasa dan latihan dimulakan semula selepas tamat bulan puasa.
PPN - akan membincangkan bersama pihak Persatuan semasa Mesyuarat JKK bil 2/2011 yang akan dijalankan pada 11 Ogos 2011.
3. PPN mendapati JSM selalu menghantar laporan bulanan yang lewat. Menasihatkan JSM supaya menghantar laporan bulanan tidak lewat dari 3hb setiap bulan.
4. Menyerahkan cek elaun bagi bulan Mei dan Jun 2011 dan terus memantau latihan atlet dibawah selian beliau.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil
































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved